Jemput baca BSJ Bab 17 full version..ada sedikit olahan pada plot...jadi disebabkan byk perubahan, eira wat keputusan...trus up en3 bab 17 full version. Harap maaf sgt2...lupakan Bab 17 - Part 1....meh baca full bab 17 ni...once again, eira mintak maaf n sayang semua..enjoy!!!
Hana termenung memerhatikan
titisan-titisan air yang jatuh dari cucuran atap rumahnya. Hujan renyai
mengiringi pemergian Mak Ton. Hatinya dirasakan amat sunyi. Sunyi tanpa
kehadiran insan yang dipanggil ‘emak’ dalam hidupnya kini. Sejak peristiwa malang
beberapa hari lalu, Hana banyak termenung dan mendiamkan diri. Hidupnya kini
telah berubah 180 darjah. Malapetaka yang menimpa diri dan ibunya seolah-olah
telah merenggut pergi kebahagian dan ketenangan dalam jiwanya. Tiada lagi
senyuman, tiada lagi gurau senda dan tiada lagi gelak tawa ibu yang setia
menemaninya di sisi di saat suka dan duka. Segala-galanya telah hilang. Hilang
bersama pemergian insan yang disanjung tinggi. Insan bergelar ibu. Hana
teringatkan kata-kata Ustaz Abdul Rahim semasa dia di tingkatan lima.
“Para
pelajar, harus diingat! Hormatilah ibu kamu, dialah yang telah membesarkan,
menjaga, mendidik dan insan yang telah melahirkan kamu ke dunia yang fana ini.
Tanpa seorang yang bergelar ibu, kamu tidak akan berada di hadapan saya seperti
hari ini. Doa ibu amat tinggi darjatnya di sisi Allah SWT. Perginya ibumu,
bererti tiada lagi satu keberkatan di sisi Allah SWT iaitu doa seorang ibu.
Nasihat Ustaz Abdul Rahim
terngiang-ngiang di telinganya. Baru kini dia merasakan perasaan tersebut.
Pedih. Pilu. Teramat sedih. Hana memerhatikan pondok usang di tepi sawah yang
menjadi kegemaran dia dan ibunya bersantai setiap petang. Bergurau-senda dan
berbual pelbagai cerita. Lazimnya, topik yang dibualkan berkisar tentang
kenangan manis bersama gemulah abah. Bercerita sambil menjamah pisang goreng
atau kuih seri muka kegemarannya beserta seteko kopi panas. Kini, segalanya
sudah menjadi kenangan. Memori indah yang tidak mungkin berulang lagi dalam
hidupnya. Hana tertunduk merenung ke tanah. Air mata yang mengalir di pipi
diseka perlahan dengan hujung jemarinya. Sesungguhnya, dugaan dan ujian Allah
S.W.T. ini dirasakan terlalu berat untuk ditanggung.
Pemergian Mak Ton memberi tamparan
hebat bagi Hana. Hatinya disayat pilu saat mengiringi ibu tercinta ke tempat
persemadian. Lebih nyeri di dalam hati apabila melihat jenazah ibunya dibawa
turun ke liang lahad. Pergi sudah ibu kesayangannya. Baru semalam mereka berborak
dan bergurau senda. Hana tidak menyangka segala pesanan ibunya kelmarin
merupakan pesanan yang terakhir. Kuih seri muka yang dijamahnya kelmarin juga
merupakan masakan terakhir Mak Ton untuk dirinya. Buat kesekian kalinya, air
mata Hana berjujuran mengalir laju. Kali ini, Hana hanya membiarkan tanpa
sedikit pun usaha mahu menghapuskan air jernih yang gugur membasahi tudung dan
bajunya itu.
“Mak,
abah…kenapa tinggalkan Hana sendirian. Hana rindukan mak dan abah”, bergetar
bibir Hana melafazkan kata-kata tersebut. Perlahan dan penuh sayu.
Gemulah
abah pernah berpesan setiap kali Hana menghadapi masalah. “Bersabarlah apabila
ditimpa musibah dan cabaran, sebab Allah SWT sedang menguji kita. Bersyukurlah
apabila Hana diuji, kerana Hana telah dipilih oleh-Nya untuk menerima ujian
tersebut. Setiap ujian dan dugaan yang diberi adalah untuk menguji sejauh mana
tingkat keimanan kita kepada-Nya. Jadilah seorang hamba yang bersyukur kerana
setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya”, itulah pesan abah yang
masih diingati Hana sehingga ke hari ini.
Tanpa Hana sedari, ada sepasang anak
mata yang memerhatikan segala tingkah-lakunya sejak tadi. Haziq sekadar menjadi
pemerhati. Sengaja dia membiarkan Hana bersendirian melayan perasaan. Biarlah
Hana menangis semahunya sekarang. Biarkan Hana melepaskan segala kesedihan yang
terbuku dihatinya. Bagi Haziq, tangisan merupakan terapi terbaik merawat luka
dan kesedihan di dalam jiwa. Haziq pernah merasai perkara yang sama ketika
kehilangan Qistina Farwizah beberapa tahun dahulu. Kesedihan dan kelukaan yang
hampir membuatkan dia hilang arah. Ketika itu, Haziq seolah-olah merasakan
tiada lagi sebab untuk dia meneruskan hidupnya.
Namun, manusia hanya merancang dan Allah
S.W.T. jualah sebaik-baik perancang. Maha Suci Allah telah menggerakkan hati
Haziq untuk bertemu Ustaz Mustafa, pensyarah kanan yang bertugas di universiti
tempat Haziq belajar. Atas nasihat Ustaz Mustafa, Haziq mengubat kesedihan dan
lara hati dengan cara mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Haziq banyak
bertalaqi dari seorang guru ke seorang guru. Dari situ, dia mendapat ketenangan
jiwa dan mempelajari cara mengawal emosi dan perasaan sedih yang membelenggu
diri.
Sesungguhnya,
Haziq merasakan kasih sayang Allah SWT itu terlalu besar buat semua hamba-Nya.
Allah SWT masih memberi dia peluang untuk bertaubat dan berubah ke jalan kebaikan,
jalan yang diredhai oleh-Nya. Haziq menyesali segala kejahatan dan segala
jenayah yang pernah dilakukannya dulu. Dia sentiasa berusaha melupakan segala kekhilafannya,
kerana itulah dia memilih untuk menjadi pensyarah sebagai kerjaya tetap. Dia
mahu membimbing para pelajarnya ke jalan yang benar.
“Kopi,
Doc”, Zana menghulurkan secawan kopi panas kepada pensyarahnya.
Haziq tersentak dari lamunan yang
panjang apabila Zana menegurnya sambil menghulurkan secawan kopi panas. Seraya
menarik nafas dalam-dalam dan menghelanya perlahan-lahan.
“Thanks,
Zana”, ucap Haziq sambil mengangkat sedikit cawan kopi tersebut memberi isyarat
ke arah Zana yang kini baru mengambil tempat bersebelahan Hana di beranda
rumah.
Zana
membalas dengan memberi isyarat ‘ok’ dengan jemari tangan kanannya. Tumpuannya
kini lebih terarah kepada sahabatnya Hana.
Zana
meraih jemari Hana perlahan dan menggenggamnya erat. Seraya kemudian memeluk
bahu sahabatnya untuk memberi semangat kepada Hana sekaligus memberitahu secara
tak langsung bahawa dia akan sentiasa berada di sisi untuk menemani Hana
melalui saat-saat getir ini. Hana pula hanya membungkam. Cuma, Zana dapat
merasakan esak tangisnya semakin mereda.
Haziq pula mulai menghirup
perlahan-lahan kopi panas tersebut. Terasa enak sungguh menikmati secawan kopi
panas di kala hujan begini. Terimbau kenangan menikmati kopi panas bersama
gemulah Pak Kamal di dalam pondok di tepi sawah beberapa tahun dahulu. Apabila
terkenangkan Pak Kamal, mengingatkan Haziq kepada tanggungjawabnya terhadap
Hana. Hana sudah tiada sesiapa lagi untuk bergantung harap melainkan dirinya.
“Im
akan jaga amanah abah dan mak sebaik mungkin”, ikrar Haziq di dalam hati.
******************************************************
Datuk
Mahfudz menghempaskan sebuah fail di atas meja. Bunyi kuat bergema seluruh
biliknya apabila fail kulit keras berwarna hitam itu mengenai permukaan meja
kaca miliknya. Air muka lelaki berusia lebih 60-an itu jelas menunjukkan tahap
kemarahan yang dipendam saat ini. Seraya melepaskan satu keluhan berat
bercampur amarah. Berlaku ketirisan wang dalam jumlah yang besar dalam salah
satu projek syarikatnya di Langkawi. Dalam bulan ini sahaja, sudah dua kali
kejadian ini berlaku. Kali ini melibatkan sejumlah wang yang lebih besar iaitu
RM 450 000. Kedua-dua projek yang bermasalah ini dikendalikan oleh anak
sulungnya, Haiqal Adha.
Datuk
Mahfudz menekan punat interkom memanggil setiausahanya, Mei Ling untuk masuk ke
ruangannya segera.
“Mei Ling, come in!”, nada suara yang
dikeluarkan Datuk Mahfudz dapat dibaca oleh Mei Ling dengan mudah. Pastinya
Datuk Mahfudz tengah naik berang sekarang ini.
“Baik,
Datuk”, semerta Mei Ling memberi jawapan sambil tangannya pantas mencapai
sebatang pen dan buku nota di atas meja. Seraya terus bergegas ke bilik Datuk
Mahfudz.
Mei
Ling mengetuk pintu dua kali sebaik tercegat di hadapan pintu bilik Datuk
Mahfudz.
“Masuk!”,
kedengaran Datuk Mahfudz memberi arahan dari dalam.
Mei Ling memulas tombol pintu dan
melangkah masuk penuh berhati-hati. Dia bimbang, andai tersilap langkah, silap
hari bulan boleh mengundang amukan dari majikannya itu. Seraya berhenti
melangkah dan berdiri tidak jauh dari meja Datuk Mahfudz untuk menunggu arahan
seterusnya.
“Tolong
ambil semua fail-fail berkaitan usahasama MA Holdings dan Sejati Sdn. Bhd. I
nak semua fail-fail tu tanpa satu pun tertinggal. Kemudian, you panggilkan Haiqal masuk sekarang
juga!”, Datuk Mahfudz terus memberikan arahan tanpa sempat Mei Ling bertanya.
“But Datuk, Encik Haiqal was not around.
He went to Langkawi due to your order yesterday”,
beritahu Mei Ling jujur.
Datuk
Mahfudz mendengus kasar. Salah dia juga kerana telah mengarahkan Haiqal melawat
tapak projek disebabkan ada sedikit salah faham dengan pembekal. Datuk Mahfudz
menghantar Haiqal ke sana untuk mewakili dirinya bagi menyelesaikan masalah
berkaitan bekalan pasir yang tiba lewat. ‘Kalaulah Haziq bersetuju untuk
membantu di pejabat, pasti segalanya takkan jadi macam ni’. Getus Datuk Mahfudz
dalam hati.
“Dia
ada bagitahu you tak bila dia
balik?”, soal Datuk Mahfudz kemudian.
“Maaf
Datuk, Encik Haiqal tiada maklumkan apa-apa pada I”, Mei Ling menjawab serba salah.
“It’s ok. You may go now. Don’t forget to
bring all the files that I requested just now!”,
arah Datuk Mahfudz sebelum Mei Ling melangkah keluar.
Mei
Ling sekadar mengangguk dan menutup perlahan daun pintu.
**********************************
Rusydi bersiul kecil sambil melangkah laju menuju ke perpustakaan universiti. Berbunga-bunga rasa di hati kerana hari ini Hana akan pulang ke Shah Alam. Bahagia sungguh apabila dapat bersua muka dengan insan tersayang setelah hampir seminggu tidak berjumpa. Rusydi sangat merindukan senyuman dan gelak tawa Hana. Wajah manis yang sering membuat dia penasaran. Kekasih dan teman yang selalu ada saat dia ditimpa masalah atau bergaduh dengan mamanya. Bagi Rusydi, Hana adalah insan istimewa yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. untuknya.
Seandainya mahu dibandingkan Iffa
dengan Hana, terasa terlalu jauh. Boleh dikatakan kontra. Hana seorang yang
matang, memahami serta pandai berdikari. Berbeza dengan Iffa yang terlalu
manja, selalu bergantung kepadanya dan kadang-kala keanak-anakan. Bagi Rusydi,
Iffa sekadar untuk menghilangkan rasa bosan kerana kekosongan seketika yang
ditinggalkan Hana. Rusydi tidak menyedari perbuatan tersebut terlalu
mementingkan diri sendiri dan bakal mengundang luka di hati Iffa dan Hana.
Seandainya dia harus memilih antara dua, pastinya dia akan meninggalkan Iffa
demi Hana walaupun hati kecilnya mulai menyayangi Iffa. Namun, untuk
meninggalkan Hana demi Iffa, tidak sama sekali. Tidak mungkin!
Apabila terfikirkan Hana, hati kecil
Rusydi terasa tidak enak. Rusydi merasa hairan mengapa sejak malam tadi hingga
kini, tiada satu pun pesanan ringkasnya dibalas Hana. Telefon juga tidak
berangkat. Seingat Rusydi, Hana memberitahunya bahawa Hana akan pulang ke Shah
Alam hari ini dengan seseorang. Rusydi tiba-tiba jadi penasaran apabila
teringatkan seseorang yang dimaksudkan Hana. Salah dia juga kerana terlalu
sibuk dengan Iffa ketika itu sehingga terlupa seketika buah hatinya yang sedang
cuti sakit di kampung. Selepas habis menonton wayang malam tadi, Rusydi ada
menghantar sms kepada Hana untuk
mengucapkan selamat malam. Namun, smsnya
tidak berbalas. Kerana terlalu mengantuk, Rusydi terus terlelap.
‘Tak
kan Hana tahu hubungan aku dengan Iffa? Seingat aku, yang tahu hanya Ameer.’
Rusydi mengomel di dalam hati. Seraya melepaskan satu keluhan berat. Langkah
yang dihayun laju tadi di perlahankan. Senyuman dan siulan Rusydi seakan dibawa
pergi seiring dengan perasaan bimbangnya apabila terfikirkan Hana ketika ini. Semerta,
dia mengeluarkan telefon bimbit dari saku seluarnya untuk menghubungi Hana.
Namun,sekali lagi panggilannya tidak berjawab. Rusydi kebingungan.
Rusydi tidak dapat nafikan
kadang-kala dia merasa bersalah kerana menduakan Hana. Namun, entah mengapa
ketika itu tarikan terhadap Iffa membuatkan Rusydi terleka dan alpa tentang
perasaan Hana. Iffa punya personaliti dan daya tarikan yang tersendiri jika nak
dibandingkan dengan Hana. Cara berpakaian yang mengikuti perkembangan semasa
serta sentiasa kelihatan cantik dan menawan walau di mana sahaja berada. Selain
itu, cara berfikir Iffa juga lebih moden dan terbuka.
Berbeza dengan Hana yang kelihatan polos,
bergaya ringkas tanpa solekan tebal di wajah. Orangnya agak keras kepala
kadangkala dan kedegilannya itu yang membuatkan Hana agak sukar didekati. Tetapi,
kedegilan Hana jugalah yang membuatkan hati Rusydi tertarik untuk mengenalinya.
Hana sentiasa menjaga batas-batas agama dan pandai menjaga diri. Dan yang
penting, Hana terlalu mengutamakan pelajaran dan ada ketika terlalu fokus
belajar menyebabkan Rusydi merasa bosan. Hana tidak pernah menjengah ke pub-pub
mahupun kelab malam. Mana tidaknya, setiap kali diajak menonton wayang, pasti
akan membawa Hana bersama untuk menemaninya. Tiada privasi langsung! Tetapi,
sikap Hana itu juga membuatkan Rusydi tidak bimbang dan percaya yang Hana
takkan pernah menduakannya. Kesimpulannya, Iffa dan Hana bagai langit dengan
bumi. Namun mempunyai daya tarikan yang tersendiri.
Setibanya di perpustakaan, Rusydi
mengambil tempat duduk berdekatan kaunter perpustakaan. Kaunter tersebut telah
dikhaskan sebagai kaunter bank soalan dan hanya berfungsi untuk urusan pinjaman
dan pemulangan kertas soalan-soalan peperiksaan yang lepas. Lazimnya, kaunter
itu akan sibuk apabila tiba musim peperiksaan. Setibanya study week, di situlah tempat dia dan Hana berbincang serta
mengulangkaji pelajaran bersama-sama.
“Seorang
je babe?”, soal Ameer yang tiba-tiba
berada di situ.
“Kau
sindir aku ke Meer?”, Rusydi menjawab bersahaja kerana telah melihat Ameer
melangkah ke arah mejanya selepas membelek-belek buku di rak buku berdekatan.
“Ish,
kau ni! Orang yang jujur macam aku ni mana tahu sindir-menyindir”, Ameer
menepuk bahu Rusydi sambil tersengih pamir giginya yang bersusun tidaklah
terlalu cantik.
“Aku
tak sedap hati la…”, Rusydi melahirkan rasa bimbang. Jemarinya mengetuk-ngetuk
perlahan permukaan meja dengan sebatang pen.
Ameer
tayang mimik muka curiga.
“Pelik
bunyinya, bukan ke aku rasa kau tengah happy
ke hulu ke hilir dengan si Iffa tu. Alih-alih cakap tak sedap hati pulak. Dah
mula rasa bersalah dengan Hana ke?”, Ameer cuba meneka.
“Tak
payah nak rasa pelik sangatla. Tiba-tiba aku risaukan Hana pulak. Ye la…sms aku dia tak reply, call aku pulak tak
berjawab. Aku tak sedap hati la Meer”, Rusydi melahirkan rasa yang terbuku di
hatinya sejak pagi tadi.
“Kan
Hana dah bagi tahu kau dia balik hari ni. Chill
la babe! Lagipun, belum sampai satu hari dia tak return call kau dan reply sms
kau. Cuba bertenang dan berfikiran positif sikit. Tidak pun, kau call je member baik dia si Zana tu. Mana la tau dia ada jawapan yang kau
nak”, Ameer cuba menyedapkan hati sahabatnya. Jarang dia melihat Rusydi bimbang
begitu.
“Nanti
aku cuba call Hana sekali lagi. Atau
pun aku tunggu Hana sendiri call aku.
Kalau petang ni dia belum call jugak
lagi, nampaknya aku tak ada pilihan lain melainkan terpaksalah aku telefon mak
nenek seorang tu”, ada senyuman kecil terpamer dari bibir sebaik menghabiskan
bicaranya apabila dia menyebut perkataan mak nenek.
Terburai
tawa Ameer apabila perkataan mak nenek disebut. Seraya kemudian cepat-cepat
menekup mulutnya apabila menyedari yang mereka berdua berada di perpustakaan
saat ini. Pustakawan yang bertugas ketika itu memberi isyarat agar mereka
senyap. Rusydi pula buat muka tidak bersalah.
*********************************
Datin Zahirah melangkah keluar dari mahkamah dengan tenang sambil mengelek beberapa buah fail dan menggenggam beg bimbit hitam di tangannya. Perbicaraan pada hari ini berlangsung agak panjang dari biasa. Hakim telah menangguhkan perbicaraan tersebut ke suatu masa yang akan ditetapkan kelak. Buat masa ini, bukti yang ada belum cukup kukuh untuk mensabitkan si pelaku bersalah sekaligus mengheretnya ke penjara.
Datin Zahirah melepaskan satu
keluhan berat. Sedaya mungkin dia tidak mahu mengecewakan ibu bapa mangsa yang
amat berharap agar nasib anak mereka yang mati dibunuh dengan kejam tanpa
perikemanusiaan terbela. Setakat ini, segala bukti yang ada tidak pula
menunjukkan si mangsa pernah terlibat dalam perlakuan jenayah seperti
gangterism, dadah atau perjudian. Jauh sekali pemerdagangan manusia. Malahan,
mangsa mempunyai rekod baik di sekolah dan boleh dikatakan seorang anak normal
yang baik budi pekertinya. Kematiannya menjadi satu tanda tanya yang sukar
dirungkaikan.
Ketika
Datin Zahirah menghayun langkah menuju ke keretanya, telefon bimbitnya
berbunyi. Serta-merta, langkahnya dihentikan untuk menerima panggilan telefon
daripada pembantunya, Shahrul.
“Hello, Puan. Guess what? We got new
evidence!”, Shahrul terus memberi khabar gembira tersebut. Shahrul memang
suka beriaksi sebegitu setiap kali mereka memperoleh bahan atau bukti baru bagi
menyelesaikan kes. Walaupun setakat ini banyak bukti yang menghala jalan buntu.
Tetapi, semangat Shahrul yang tidak pernah kenal erti putus asa harus dipuji.
“Apa
bukti yang kita dapat?”, Datin Zahirah menyoal pantas.
“Pihak
polis menjumpai bukti, sebatang kayu yang mempunyai kesan darah yang telah
kering. Kayu tersebut berada di dalam sebuah beg plastik yang mana ianya
ditanam di dalam tanah kira-kira lebih 500 meter dari tempat kejadian. Bukti
tersebut berjaya diperoleh dengan bantuan Unit Anjing Pengesan”, Shahrul memberi
penerangan panjang lebar.
“Syukur
alhamdulillah…apa perkembangan seterusnya buat masa ini?”, Datin Zahirah
melahirkan rasa syukur.
“Bahan
bukti tersebut sudah dihantar ke makmal forensik untuk diuji sama ada sampel
darah yang ada pada kayu tersebut sepadan dengan sampel darah mangsa”, terang
Shahrul lagi.
“Okey!
Kita tunggu keputusan dari makmal forensik dahulu. Saya tak mahu kita terlalu
yakin. Manalah tahu, keputusan tidak memihak kepada kita. Sudah tentu kita pula
yang kecewa nanti”, pesan Datin Zahirah kepada Shahrul.
“Baiklah,
puan. Jangan risau”, ujar Shahrul pendek.
“But, we must never ever give up! We
always wait and look for every single sign and evidence, especially near the
crime scene”, Datin Zahirah memberi semangat sekaligus
mengingatkan pembantunya agar tidak terlalu leka.
“Sure, boss!”,
balas Shahrul lagi. Ketawa kecil kedengaran di hujung talian.
Datin
Zahirah mematikan talian setelah memberi salam. Seraya melangkah ke keretanya.
Pemandunya Pak Samad sudah sedia menanti untuk membukakan pintu kereta buatnya.
“Tak
mengapa Samad. Saya boleh buka dan tutup sendiri”, begitulah Datin Zahirah. Kedudukan
dan kesenangan yang dimiliki tidak sedikit pun mengurangi nilai kemanusiaan dan
kerendahan hati yang ada dalam dirinya.
Pak
Samad mengangguk dan kembali ke tempat pemandu. Sejurus kemudian, mereka
beredar meninggalkan perkarangan mahkamah tersebut untuk pulang ke rumah.
Bersambung….
p/s: Eira harap semua member dan pembaca boleh tinggalkan jejak sama ada komen atau sudi2 klik kotak servey kat bawah...so that...eira ley improve kelemahan yang ada..InsyaAllah..tqvm semua...(^_^)!
BEST 3X.
ReplyDeleteTerima kasih byk2 baby mio..(^_^)
DeleteCerita ni memang best giler-giler best... Tak sabar nak baca penghujung cerita ni!!! >_<
ReplyDeleteThanx a lot for d compliment RYNA F0X 8 ...takut lak eira dengar..sbb eira pun masih hijau lagi lam bidang penulisan ni...apepun eira akan cuba hasilkan penulisan yg sebaik mungkin n sgt berharap dpt puaskan hati semua pembaca..InsyaAllah...sudi2 follow citer ni taw...tqvm..(^_^)
Delete