FOLLOWERS...

Saturday 6 July 2013

Bukan Sebuah Janji (Bab 4)



 Bab 4


Hana masih memerhatikan telefon bimbitnya. Hatinya berbelah bagi samada mahu menerima panggilan tersebut atau pun tidak. Sudah dua kali telefon itu berdering seperti minta diangkat oleh pemiliknya. Namun, Hana masih tidak melakukan sebarang tindakan.

"Kenapa yang kamu tenung telefon tu lama-lama Hana? Angkat je la. Mana la tahu ada panggilan penting. Kalau tak, tak kan la orang tu telefon kamu banyak kali nak...", Mak Ton memberi cadangan kerana dia mulai runsing dengan deringan telefon yang kedengaran beberapa kali di cuping telinganya.


Hana tidak menjawab kata-kata ibunya. Matanya terus ralit memerhatikan Mak Ton meletakkan iodine pada lukanya. Namun fikirannya jauh melayang memikirkan Dr. Haziq!

"Mati la aku, apa aku nak cakap kalau aku angkat call ni nanti? Mana aku nak sorok muka aku ni? Agak-agak, dia akan potong markah final aku tak?", bebel Hana di dalam hati.


Tiba-tiba, lagu Opick berkumandang lagi menandakan ini kali ketiga si pemanggil membuat panggilan. Hana mengeluh kecil. Nampaknya, dia tiada pilihan selain menerima panggilan dari pensyarahnya itu. Kalau tidak, pasti telefonnya akan berdering sampai ke malam. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim...Hana menekan punat hijau untuk menerima panggilan masuk.


"Assalamualaikum...", perlahan Hana memberi salam. Jantungnya berdegup kencang menanti jawapan daripada si pemanggil.


Haziq masih diam membisu. Sengaja dia membiarkan Hana ternanti-nanti. Kalau diikutkan hatinya, mahu sahaja dia membuat lawak bodoh seperti biasa apabila teringatkan Hana menggelarkannya 'si gila yang bisu'. Tetapi niatnya terbantut apabila mendengar Hana merengek sakit pada ibunya. Terbit pula rasa kasihan di hati Haziq terhadap pelajarnya itu. Kerana itulah dia berusaha menelefon untuk mengetahui keadaan Hana yang sebenarnya.


"Hello, Dr. Haziq...err...kenapa telefon saya? Kan baru beberapa jam lepas Dr. telefon saya?", Hana memulakan bicara apabila tiada respon kedengaran dari pihak di sebelah sana.


"Tiba-tiba teringatkan you, rasa tak sedap hati. Tu yang I tiba-tiba call you ni", Haziq menjawab soalan Hana mendatar.


"Don't worry doc, I’m ok", Hana menjawab pendek.


"I'm just concern about you...you're my student right?"


"Yes I am. Just don't worry so much. I'm a big girl doc. I'll take care myself"


"Ok, if anything happens or something goes wrong regarding your injury, just let me know", Haziq cuba menawarkan pertolongan.


"Baiklah Dr. ,kalau ada apa-apa yang terjadi pada saya, saya akan bagi tahu Dr. Saya janji!", bersungguh Hana berjanji kerana dia malas meneruskan lagi perbualan tersebut. Sudahlah kakinya sakit, perutnya pula sudah berkeroncong. Terbayang pisang goreng yang seakan-akan menari-nari di ruang mata. Dan sudah pasti ibunya telah menanti dia di dapur.


"Jangan mudah berjanji kalau you sendiri belum pasti dapat menunaikan janji tersebut, Hana", ringkas dan padat nasihat yang Haziq berikan kepada pelajarnya. Sesungguhnya, dia tidak suka dan takut dengan perkataan janji. Baginya, sebuah janji bakal mengguris sekeping hati yang memiliki penuh pengharapan. Itu yang dia pelajari sepanjang hidup ini. Janji Haseena, juga janji bekas isterinya Qistina Farwizah yang sentiasa kekal tersimpan di dalam lubuk hatinya yang paling dalam sebagai memori terindah sepanjang hayat. 


"Maafkan saya doc", Hana  jadi serba salah dengan kata-kata yang dilafazkannya sebentar tadi. Dia bingung. Kenapa pensyarah yang sering mencari fasal dengannya setiap kali menghubunginya tiba-tiba berubah menjadi seorang yang serius? Adakah Dr. Haziq sedang menanggung suatu masalah yang besar? Tiba-tiba terdetik soalan tersebut di benak Hana.


"Tak apalah, I nak sambung kerja. Just take care of yourself. Assalamualaikum...", Haziq mematikan perbualan.


"Waalaikumussalam doc", kedengaran talian di matikan oleh Haziq sebaik Hana menjawab salamnya.


Belum sempat Hana meletakkan telefon bimbitnya di sisi, tiba-tiba telefon itu berdering lagi. Nama Dr. Haziq terpapar pada skrin telefon bimbitnya. Hana berasa pelik. Apa sahajalah yang diinginkan oleh pensyarah muda tersebut. Berkerut kening Hana kebingungan. Hana terus menekan punat hijau tanpa berfikir panjang.


"Hello Dr..."


"Hello, I lupa nak bagitahu you, I akan datang jemput you selepas cuti sakit you tamat. So, please sms me your full address, no excuses!” Haziq terus mematikan talian sebaik bicaranya selesai.


"Er..er..", Hana tidak sempat memberi apa-apa jawapan. Dia sedikit tergamam dengan permintaan Haziq itu.  


Sebenarnya, Haziq memang ingin menghantarnya pulang ke kampung tempoh hari selepas doktor memberi Hana cuti rehat selama seminggu. Tetapi, Hana berkeras tidak mahu dihantar pulang oleh pensyarahnya. Dia tidak mahu terlalu banyak terhutang budi. Zana, sahabat baiknya juga telah berusaha memujuk Hana, namun Hana tetap bertegas dengan pendiriannya. Akhirnya Haziq akur dengan keputusan Hana yang ingin pulang sendiri dengan menaiki teksi sahaja. Namun, Haziq bersyukur kerana Hana membenarkannya membayar tambang teksi untuk Hana pulang ke kampung.


********************************************************************************************


Rusydi menghirup minumannya beberapa kali. Terasa segar apabila jus oren itu membasahi tekaknya. Cuaca yang panas berbahang amat terasa walaupun hari sudah menginjak pukul 6.30 petang. Sudah beberapa hari bumi Shah Alam tidak dituruni hujan. Mungkin sudah hampir musim kemarau pada fikirannya. Rusydi masih setia menanti teman baiknya Ameer di kafe tidak jauh dari universiti mereka. Ameer berjanji akan berjumpa dengannya di sini selepas selesai menghantar lab report sebaik kelas mereka tamat tadi.


Mata Rusydi melilau mencari kelibat Ameer di antara para pelajar yang menuruni tangga utama fakulti. Namun kelibatnya masih juga tidak kelihatan. Rusydi melepaskan keluhan kecil. Sudah sepuluh minit dia menunggu, jus oren dalam gelas dihadapannya juga sudah hampir habis dihirup. Terasa mahu memesan segelas lagi jika sahabatnya itu lewat tiba.


Dari kejauhan Rusydi dapat melihat Ameer melambaikan tangan kepadanya. Rusydi membalas lambaian Ameer dan menggamit Ameer ke tempat duduknya. Ameer berlari-lari anak melajukan langkah agar cepat sampai. Dia tahu, pasti Rusydi akan bising nanti kerana dia sudah lewat sepulut minit. Semuanya disebabkan bebelan Puan Syamsiah, tutor yang mengendalikan sesi makmal bagi subjek Clinical Pathology. Salah Ameer juga kerana dia terlewat menghantar laporan makmal pada tarikh yang telah ditetapkan.  


"Sorry beb, aku lewat! Kau faham-fahamla Puan Syamsiah tu", Ameer terus menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya di sebelah Rusydi.


"Kalau kau lambat lima minit lagi, aku rasa aku dah angkat kaki dah. Malas aku nak bertapa kat sini lama-lama. Kalau ada awek yang temankan orait jugak...hahaha!", ucap Rusydi berseloroh.


"Cakap pasal awek, apa cerita dengan buah hati kau Hana? Dia dah ok? Bila balik Shah Alam?", tiba-tiba Ameer teringatkan kawannya merangkap teman wanita sahabat baiknya itu.


"Dia ok. Luka yang kena jahit tu pun dah makin kering. Semalam aku call dia. Hana kata, dia balik hari selasa ni", Rusydi menceritakan perkembangan Hana.


"Alhamdulillah la kalau macam tu. Kalau tidak merana la kau rindukan dia", ujar Ameer sambil tersengih macam kerang busuk.


"It's ok beb, kan ada Iffa yang temankan aku kat sini?", Rusydi tayang senyuman bangga.


"Oit, budak junior nursing tu? Aku ingatkan kau minat je kat dia. Maksud aku takat usya-usya je. Tak sangka kau sangkut dengan dia"


"Memangla pada mulanya aku minat gitu-gitu je. Lepas tu, dua hari lepas aku saja-saja cuba tackle dia. Dia bagi feedback positive wa cakap lu!", ketawa besar mengiringi kata-kata yang diucapkan Rusydi.


Ameer menggelengkan kepalanya beberapa kali dan menayang muka curiga.


"Kau tak takut kalau Hana dapat tahu ke Rusyd? Tak pasal-pasal makan hati berulam jantung kau nanti. Bukan aku tak tahu yang kau sayang gila kat si Hana tu. Aku rasa lebih baik kau berhati-hati, walaupun Hana kat kampung, tapi si mulut becok Zana tu ada kat sini. Kalau kau kantoi habisla, beb!", panjang lebar peringatan yang disampaikan Ameer kepada sahabatnya itu.


"Itu aku tahu. Jangan risaula. Aku akan pastikan dia tak dapat hidu pun hubungan aku dengan Iffa. Terasa rugi pulak kalau aku lepaskan Si Iffa tu macam tu je. Cun oi budak tu!", Rusydi cuba menyedapkan hati Ameer. Mungkin juga cuba menyedapkan hatinya sendiri kerana dia sudah mula jatuh hati pada pelajar junior tersebut, sedangkan hatinya masih sayang pada Hana.


"Aku rasa tak baik kau buat Hana macam tu. Macam kau mengambil kesempatan pulak atas apa yang telah terjadi pada dia. Dia balik kampung sebab cuti sakit. Alih-alih, kau kat sini sibuk bercinta dengan orang lain", Ameer masih tidak bersetuju dengan temannya itu.


"Relax beb, just wait and see. Aku confident dengan apa yang aku buat ni. Lagipun Hana takkan tahu. Dia bukannya jenis yang cepat cemburu buta. Lagi pun untungnya aku, sebab dari mula hubungan kami dulu, memang aku dengan dia jarang sms atau call. So that, i'm sure she won't know. Unless, you are the one who tell her", panjang hujah yang disampaikan Rusydi disamping memberi amaran kepada Ameer agar merahsiakan segalanya daripada pengetahuan Hana.


Ameer hanya mengangguk tanda faham. Lagi pun dia malas mahu mencampuri urusan Hana dan sahabat baiknya itu. Apa pun yang terjadi kelak, biarlah mereka berdua selesaikan sendiri.


Bersambung.....

No comments:

Post a Comment