FOLLOWERS...

Wednesday 24 July 2013

Bukan Sebuah Janji (Bab 6)



Bab 6

Haziq menggaru kepalanya yang tidak gatal. Otaknya berserabut dengan permintaan papanya sebentar tadi. Permintaan yang berupa arahan itu akhirnya mengundang pergaduhan anak beranak yang menyebabkan Haziq angkat kaki dari rumahnya. Bukan dia tidak mahu membantu papanya di syarikat, tapi dia mempunyai cita-cita dan impian sendiri untuk dicapai. Bagi Haziq, Along mampu uruskan syarikat papanya. Lagipun sejak dulu lagi minat Along memang ke arah perniagaan. Hingga kini dia tidak mengerti kenapa papa beria-ia mahu dia yang mengambil alih syarikat bukannya Along.
      Haziq menekan pedal minyak kereta yang dipandunya. Dia berharap dengan memandu kereta berkelajuan sebegitu, mampu menghilangkan sedikit masalah yang bermain difikirannya saat ini. Dia menjeling sekilas meter halaju dashboard, 180km sejam! Dengan kelajuan sebegini pasti mengundang “surat cinta” daripada polis trafik. Ah! Lantakla. Fikiran Haziq melayang jauh. Ketika ini dia sememangnya tidak peduli samada kena saman atau tidak. Yang pasti, otaknya yang berserabut itu, perlu ditenangkan dan direhatkan.
      Kereta Nissan Skyline GTR R35 berwarna flat black itu meluncur laju membelah kesunyian malam. Suasana malam itu sunyi dan tenang. Ketika ini, umat manusia pasti sedang lena diulit mimpi. Hanya beberapa buah kereta sahaja yang kelihatan berada di atas jalan raya. Haziq melihat jam di tangannya. Sudah menunjukkan hampir pukul 12 tengah malam. Yang jelas, matanya masih belum mengantuk. Kata- kata papa semasa pertengkaran tadi bermain-main di mindanya.
“Papa nak Haz ambil alih Jentayu Holding! Papa dah serahkan cawangan kita di Pulau Pinang untuk diuruskan oleh Haiqal”, tegas papa bersuara.
“Haz dah beritahu papa sejak dulu, Haz tak berminat nak ambil alih Jentayu Holding”, Haziq seakan merayu.
“Papa tak mintak Haz buat pilihan. Kata-kata papa tadi merupakan keputusan yang papa dah buat!”, Datuk Mahfudz mula naik berang apabila anaknya enggan mendengar arahannya.
“Maafkan Haz pa, Haz tak boleh ikut semua kehendak papa. I have my own life, my own desire to fulfill. No matter what, my decision is final!”, Haziq cuba sedaya upaya mengawal suaranya agar tidak meninggi.
“Jangan degil cakap papa Haz!”, Datuk Mahfudz tidak mahu mengalah.
      Haziq terus angkat kaki apabila merasakan tiada penyelesaian dalam pertengkarannya dengan papa. Dia bukan lagi anak kecil yang mesti menuruti setiap kata dan arahan papa. Umurnya sudah mencecah 30 tahun. Haziq merasakan dia sudah cukup dewasa untuk memilih jalan hidupnya sendiri. Bukan dia degil, jauh sekali mahu menjadi anak dehaka. Namun, permintaan papanya itu sungguh tidak mampu ditunaikannya. Jika dia menerima permintaan papanya, tidak bererti lagilah segulung ijazah yang diperolehinya dengan bersusah payah belajar selama bertahun-tahun di negara orang. Pantang sungguh apabila dirinya dipaksa-paksa melakukan apa yang bertentangan dengan keinginan hatinya. Itulah satu-satunya persamaan dia dan papanya yang paling jelas.
      Tanpa sedar, Haziq telah membelok keretanya melalui susur masuk ke Ulu Bernam. Fikirannya benar-benar mahu dikosongkan dari memikirkan masalah dengan papanya. Masalah tersebut lebih berat kalau nak dibandingkan menanda bertimbun-timbun kertas soalan pelajar-pelajarnya. Hematnya, papa sudah berputus asa mahu menyerahkan syarikat kepadanya kerana sudah banyak kali dia menolak permintaan papa yang satu itu. Tapi, rupa-rupanya lelaki lebih separuh abad itu tidak mengenal erti putus asa. ‘Like father like son!’
      Haziq meneruskan pemanduan melewati beberapa deretan kedai di pekan Teluk Intan. Keadaan sunyi sepi. Yang masih beroperasi hanyalah kedai 24 jam 7eleven dan sebuah kedai mamak. Haziq menghentikan keretanya betul-betul dihadapan kedai 24 jam itu. Niat di hati ingin membeli sedikit makanan dan minuman ringan bagi mengalas perutnya yang sudah berkeroncong. Dia tidak sempat menjamah sebutir nasi pun di rumahnya tadi. Seleranya langsung hilang disebabkan pertelingkahan tersebut. Walhal, dia memang sangat merindukan masakan mamanya.
      Selepas mematikan enjin keretanya, seraya lantas mencapai dompet di dalam laci dashboard di bahagian tempat duduk penumpang di sebelahnya. Dalam kelam malam dan sumber cahaya yang sedikit, penglihatan Haziq amat terhad. Seraya menyelongkar laci tersebut untuk mencapai dompetnya. Tanpa di duga, dia terpegang sesuatu. Sepucuk surat!
      Sepucuk surat yang mengundang tanda tanya sejak petang tadi. Hampir terlupa dia dengan warkah dari bapa angkatnya itu. Niat di hati ingin menghubungi Hana selepas minum petang bersama mamanya petang tadi. Tetapi ketika itu sudah agak lewat dan telah masuk waktu solat Maghrib. Jadi, tidak manis kalau dia menelefon Hana ketika itu. Dia bercadang ingin menelefon Hana selepas selesai makan malam.dengan mama dan papanya untuk mencari tahu hubungan Hana dengan Pak Kamal. Tetapi, hasrat itu terbantut disebabkan pertengkarannya dengan papa. Jika benar Hana merupakan anak Pak Kamal, bererti, dia perlu berjumpa dengan Hana dan ibunya segera. Haziq bimbang Idzham akan mengapa-apakan mereka berdua. Haziq terlalu banyak terhutang budi dengan Pak Kamal dan Mak Ton. Baginya, inilah masanya dia membalas segala budi yang pernah ditaburkan oleh sepasang suami isteri itu kepadanya tujuh tahun dulu. Dia mesti menerima amanah yang dititipkan oleh Pak Kamal kepadanya.
            Haziq lantas mencapai telefon bimbitnya yang diletakkan berdekatan handbreak. Namun, sekali lagi niatnya untuk menghubungi Hana terbantut apabila teringatkan yang sekarang ini jam menunjukkan lebih 12 tengah malam. Mungkin juga Hana sudah tidur. Esok sahajalah dia menghubungi Hana. Seraya meletakkan kembali telefon bimbitnya ke tempat asal. Haziq menyandarkan badan ke tempat duduk. Entah kenapa, hatinya benar-benar berasa tidak enak. Seperti ada sesuatu yang buruk bakal terjadi. Haziq meraup muka dan beristighfar beberapa kali.
            Wajah Pak Kamal dan Mak Ton bermain-main di matanya. Entah kenapa ada sesuatu yang dirasakan tidak kena. Haziq lantas menghidupkan enjin keretanya dan terus memandu menghala ke Sabak Bernam untuk ke rumah Hana. Seraya menekan pedak minyak supaya kenderaan yang dipandunya meluncur lebih laju agar segera sampai ke rumah Hana.
            Kira-kira 15 minit kemudian dia melewati pekan Sabak Bernam. Haziq meneruskan perjalanan ke Sungai Besar. Dia sudah ingat-ingat lupa jalan menuju ke rumah Pak Kamal, tapi mujurlah papan tanda jalan membantu untuk dia ke sana. Dalam kegelapan malam dia dapat melihat samar-samar suasana sawah padi dibantu cahaya rembulan purnama. Tidak jauh dihujung jalan tersebut terdapat sebuah papan tanda menunjukkan dia sudah tiba di Kampung Sg. Haji Dorani. Kini Haziq hanya perlu mencari lorong untuk ke rumah Hana. Seingatnya rumah Pak Kamal dan Mak Ton agak terpencil di tengah sawah dan jauh dari rumah penduduk kampung yang lain.
            Haziq memberhentikan seketika kenderaannya apabila tiba di satu lorong kecil menuju sebuah rumah kayu dua tingkat di tengah sawah. Dia mengamati rumah kayu tersebut. Cahaya dari lampu anjung rumah tersebut membantu penglihatan Haziq agar lebih jelas. Kini Haziq yakin, seingatnya begitulah rumah Pak Kamal yang pernah dia menumpang teduh tujuh tahun lalu. Rumah itu kelihatan semakin dimamah usia, namun, keadaan persekitarannya tidak banyak berubah. Masih seperti dulu. Haziq tersenyum sendiri.
            Haziq terus memandu menuju ke perkarangan rumah tersebut dan memakirkan kereta betul-betul di halaman rumah tersebut. Enjin kereta semerta dimatikan agar tidak mengganggu penghuni rumah tersebut. Mata Haziq terasa semakin berat dan akhirnya dia ketiduran di situ.
           Suasana pagi itu nyaman sekali. Mak Ton membuka jendela rumahnya satu persatu agar angin pagi dan cahaya matahari boleh menerobos masuk ke dalam rumah. Kedengaran ayam jantan berkokok beberapa kali. Mak Ton mengerling jam di dinding. Sudah menunjukkan ke angka 7 pagi. Mak Ton melangkah pula menuju pintu utama rumahnya. Pintu kayu itu dikuak perlahan. Seraya mengambil bongkah kayu yang berada di belakang pintu untuk menyendal pintu rumah agar tidak tertutup semula.
      Matanya tertancap pada sebuah kereta yang terparkir betul-betul di laman tangga rumahnya. Kereta siapa pulak ni? Bisik hatinya sendirian. Sungguh dia tidak pernah melihat kereta mewah sebegitu. Mak Ton tertinjau-tinjau untuk melihat pemilik kereta mewah tersebut. Namun cermin kereta yang gelap membataskan penglihatan Mak Ton. Jantung Mak Ton berdegup kencang. Dia bimbang along yang mahu menagih hutang Idzham datang kembali. Mak Ton cepat-cepat menutup semula daun pintu dan melangkah masuk ke dalam rumah menuju ke bilik tidur Hana.
“Hana, Hana! Bangun cepat nak. Cuba kamu tengok siapa yang letak kereta depan rumah kita tu?”, Mak Ton mengejutkan Hana.
            Hana menggeliat beberapa kali. Seraya menggosok matanya dengan belakang tapak tangan. Terpisat-pisat dia membuka mata memandang wajah ibunya yang sedikit cemas itu.
“Kenapa mak? Cemas semacam je ni? Hana nak tidur pun tak senang. Lagipun kan mak tau, Hana tengah bendera jepun ni, bagila Hana tidur lama sikit,” rungut Hana apabila tidurnya diganggu.
“Dah! Bangun sekarang jugak. Pergi kamu tengok kereta siapa yang ada depan rumah kita tu? Tak penah pulak mak nampak sebelum ni?”, arah Mak Ton tegas.
“Kereta apa pagi-pagi buta ni mak?”, soal Hana. Dia masih mamai apabila tiba-tiba dikejutkan ibunya sebegitu.
“Bangun sekarang Hana! Mak risau kalau-kalau itu kereta along yang datang cari Abang Am kamu tiga hari lepas. Kalau betul, mak rasa kita kena buat laporan polis sekarang jugak!”, ada riak bimbang pada bicara Mak Ton.
            Hana terus bingkas bangun apabila mendengarkan kata-kata ibunya. Apa yang Mak Ton katakan ada benarnya. Dia tidak boleh memandang enteng bebelan ibunya. Terngiang-ngiang di cuping telinganya amaran along tersebut tempoh hari jika Idzham tidak melunaskan hutang mereka.
“Ingat tu, kau sebagai galang gantinya kalau budak bedebah tu tak bayar hutang aku!”, jeritan Tiger masih terasa berdesing dicuping telinganya. Seraya menolak keras kepala Hana dan menyebabkan kepalanya sedikit terhangguk.
            Tiba-tiba, seram sejuk di rasakan seluruh tubuhnya. Dia tidak mahu menjadi mangsa untuk membayar hutang piutang Idzham. Dia tidak mahu memikirkan kemungkinan yang terjadi seandainya mereka menculiknya. Adakah dijadikan hamba abdi, hamba seks sindiket pelacuran atau pun menjadi mangsa pemerdagangan manusia. Yang lebih mengerikan jika dia dijual untuk mendapatkan organ-organ seperti yang dilihat dalam cerita bersiri CSI di kaca televisyen. Gerun sungguh!
            Perlahan-lahan Hana mengatur langkah menuju ke pintu utama rumahnya. Daun pintu dikuak perlahan. Seraya meninjau kereta yang dimaksudkan ibunya. Matanya melilau mencari pemilik kenderaan mewah yang tersergam indah di depan halaman rumahnya. Pintu dikuak lebih luas daripada sebelumnya. Namun, kelibat pemilik kereta masih belum kelihatan. Debaran didadanya kian terasa. Kali ini dia menjengah terus ke luar untuk mencari pemiliknya. Masih tidak ditemui. Hematnya, jika itu kereta along yang dikatakan ibunya, sudah pasti sedari tadi along dan konco-konconya membuat onar. Takkan datang hanya untuk bersembunyi di dalam kereta sahaja.
            Hana memberanikan diri menuruni anak tangga dan menyarung selipar melangkah berhati-hati menuju ke arah kereta tersebut. Seraya menjengah ke dalam kereta untuk melihat kalau-kalau ada orang di dalam kereta mewah tersebut. Tiba-tiba dia merasakan seseorang menepuk bahu kirinya beberapa kali. Hana terus menoleh tetapi tiada siapa di situ dan tidak semena-mena…
“Haaah!”, satu sergahan kuat muncul dari sebelah kanan.
            Hana terkejut bukan kepalang, tubuhnya terundur ke belakang dan seraya tersepak kaki tangga rumahnya. Tubuhnya melayang ke udara, Hana hanya mampu memejam matanya rapat-rapat kerana dia tidak sempat berpaut kepada sebarang objek dan hanya mempu merelakan tubuhnya jatuh ke tanah. Semerta, satu tangan sasa memautnya daripada jatuh. Tubuhnya kini berada dalam rangkulan seseorang yang membantunya sebentar tadi.  Nafas Hana turun naik. Lega kerana di tidak jatuh terlentang di situ.
            Aroma kuat minyak wangi penyelamatnya sebentar tadi menusuk hidungnya. Dia kenal benar dengan aroma minyak wangi tersebut. Seperti terkena kejutan elektrik, Hana terus membuka matanya dan menolak kuat lelaki yang berada dihadapannya itu. Tolakan tersebut membuatkan Hana hilang keseimbangan dan jatuh terduduk di kaki tangga. Luka sikunya yang telah kering berdarah kembali akibat menampan tubuhnya daripada terlentang. Haziq terkejut dengan tindakan spontan Hana tersebut dan terus mendapatkan pelajarnya itu.
“Kenapa tiba-tiba you tolak I? Tadikan I dah berjaya selamatkan you, sekarang tak pasal-pasal you jatuh macam nangka busuk”, ujar Haziq sambil menghulurkan tangannya untuk membantu Hana bangun.
      Hana menepis tangan Haziq. Seraya menjeling tajam lelaki dihadapannya ini. Kalau Haziq tak menyergahnya sebentar tadi, sudah pasti dia tidak jatuh sebegitu. Entah kenapa, setiap kali bertembung dengan pensyarahnya itu, ada sahaja bala yang menimpa dirinya. Geram sungguh!
“Eh, jual mahal pulak dia. I deduct your final marks nanti baru you tahu!”, Haziq sedikit mengugut. Haziq masih cuba menghulurkan bantuan dengan memaut lengan Hana.
“Aduh! Sakitla doc. Kalau nak tolong biar ikhlas!”, sinis sindiran Hana kepada Haziq.
“Macam mana you tahu I ikhlas ke tak?”, Haziq masih menduga.
“Ye lah..tak habis habis nak potong markah. Itu pun dah tunjuk tak ikhlas!”, jawab Hana selamba.
“Ops, sorry dear. I tak sengaja. Siku you ni berdarah, nanti I tolong you bersihkan”, ujar Haziq sambil perlahan-lahan memapah Hana naik ke rumahnya.
‘Hah? Dear?’ Hana mencebik mendengar panggilan Haziq tersebut. Rasa nak muntah hijau di situ juga.
“Apasal bibir you tu muncung macam tu? Setahu I, yang cedera siku kan? Bukan mulut?”, Haziq sengaja mengusik Hana.
‘Bila masa pulak dia perasan aku mencebik kat dia?’ bisik Hana dalam hati. Betul lah lecturer aku ni ada invisible eye.
“Kamu bercakap dengan siapa tu Hana?”, ujar Mak Ton dari arah dapur. Mak Ton melangkah ke atas rumah untuk melihat apa yang berlaku. Bimbang sungguh dia jika benar along yang datang.
“Jemputla naik ke atas doc”, Hana sekadar berbasa basi.
“Of course la I nak naik ke atas, takkan nak tinggalkan you atas tanah ni je? Cuba fikir logik sikit!”’ sinis kata-kata yang keluar dari mulut Haziq.
            Hana mendiamkan diri, tidak tahu apa yang harus dijawabnya. Kata-kata Haziq itu ada benarnya.
HaqnaHana
            Hana melabuhkan punggung di atas sofa paling berhampiran dengan pintu rumahnya. Haziq kembali ke keretanya untuk mengambil sesuatu. Dia meminta Hana untuk tunggu di situ dan dia akan kembali semula sekejap lagi.
“Astaghfirullahal’azim….apa dah jadi dengan kamu ni Hana?” Mak Ton terkejut apabila terlihat luka di siku kiri anaknya.
“Sikit je mak, Hana terjatuh tadi. Tersepak anak tangga”, Hana berbohong pada ibunya. Tak mengapalah, tipu sunat. Dia sekadar tidak mahu memanjangkan cerita. Nanti, tidak fasal-fasal mendengar ceramah percuma daripada ibunya.
            Haziq mendaki anak tangga pantas sambil membawa kotak putih di tangan kanannya. Sesampainya di pintu rumah, dia memberi salam.
“Assalamualaikum…”, Haziq terus melangkah masuk sebelum di pelawa oleh tuan rumah. Apa yang ada difikirannya adalah untuk mencuci luka Hana. Dia hampir terlupa di mana dia berada kini.
“Kenalkan mak, pensyarah Hana yang Hana bagitahu akan dating jemput Hana balik universiti tu”, Hana memperkenalkan Haziq kepada ibunya.
      Mak Ton terkesima apabila bertembung pandang dengan Haziq. Mulutnya seakan terkunci rapat dan kakinya seolah-olah telah dipakukan di mana tempat dia berdiri tadi. Tidak bergerak walau seinci. Setelah bertahun berlalu, dia tidak menyangka akan bertemu lagi dengan Haziq Imran!

Bersambung…..







No comments:

Post a Comment