FOLLOWERS...

Sunday 23 March 2014

Bukan Sebuah Janji (Bab 17) - Full

Jemput baca BSJ Bab 17 full version..ada sedikit olahan pada plot...jadi disebabkan byk perubahan, eira wat keputusan...trus up en3 bab 17 full version. Harap maaf sgt2...lupakan Bab 17 - Part 1....meh baca full bab 17 ni...once again, eira mintak maaf n sayang semua..enjoy!!!


            Hana termenung memerhatikan titisan-titisan air yang jatuh dari cucuran atap rumahnya. Hujan renyai mengiringi pemergian Mak Ton. Hatinya dirasakan amat sunyi. Sunyi tanpa kehadiran insan yang dipanggil ‘emak’ dalam hidupnya kini. Sejak peristiwa malang beberapa hari lalu, Hana banyak termenung dan mendiamkan diri. Hidupnya kini telah berubah 180 darjah. Malapetaka yang menimpa diri dan ibunya seolah-olah telah merenggut pergi kebahagian dan ketenangan dalam jiwanya. Tiada lagi senyuman, tiada lagi gurau senda dan tiada lagi gelak tawa ibu yang setia menemaninya di sisi di saat suka dan duka. Segala-galanya telah hilang. Hilang bersama pemergian insan yang disanjung tinggi. Insan bergelar ibu. Hana teringatkan kata-kata Ustaz Abdul Rahim semasa dia di tingkatan lima. 

“Para pelajar, harus diingat! Hormatilah ibu kamu, dialah yang telah membesarkan, menjaga, mendidik dan insan yang telah melahirkan kamu ke dunia yang fana ini. Tanpa seorang yang bergelar ibu, kamu tidak akan berada di hadapan saya seperti hari ini. Doa ibu amat tinggi darjatnya di sisi Allah SWT. Perginya ibumu, bererti tiada lagi satu keberkatan di sisi Allah SWT iaitu doa seorang ibu.

            Nasihat Ustaz Abdul Rahim terngiang-ngiang di telinganya. Baru kini dia merasakan perasaan tersebut. Pedih. Pilu. Teramat sedih. Hana memerhatikan pondok usang di tepi sawah yang menjadi kegemaran dia dan ibunya bersantai setiap petang. Bergurau-senda dan berbual pelbagai cerita. Lazimnya, topik yang dibualkan berkisar tentang kenangan manis bersama gemulah abah. Bercerita sambil menjamah pisang goreng atau kuih seri muka kegemarannya beserta seteko kopi panas. Kini, segalanya sudah menjadi kenangan. Memori indah yang tidak mungkin berulang lagi dalam hidupnya. Hana tertunduk merenung ke tanah. Air mata yang mengalir di pipi diseka perlahan dengan hujung jemarinya. Sesungguhnya, dugaan dan ujian Allah S.W.T. ini dirasakan terlalu berat untuk ditanggung. 

            Pemergian Mak Ton memberi tamparan hebat bagi Hana. Hatinya disayat pilu saat mengiringi ibu tercinta ke tempat persemadian. Lebih nyeri di dalam hati apabila melihat jenazah ibunya dibawa turun ke liang lahad. Pergi sudah ibu kesayangannya. Baru semalam mereka berborak dan bergurau senda. Hana tidak menyangka segala pesanan ibunya kelmarin merupakan pesanan yang terakhir. Kuih seri muka yang dijamahnya kelmarin juga merupakan masakan terakhir Mak Ton untuk dirinya. Buat kesekian kalinya, air mata Hana berjujuran mengalir laju. Kali ini, Hana hanya membiarkan tanpa sedikit pun usaha mahu menghapuskan air jernih yang gugur membasahi tudung dan bajunya itu. 

“Mak, abah…kenapa tinggalkan Hana sendirian. Hana rindukan mak dan abah”, bergetar bibir Hana melafazkan kata-kata tersebut. Perlahan dan penuh sayu.

Gemulah abah pernah berpesan setiap kali Hana menghadapi masalah. “Bersabarlah apabila ditimpa musibah dan cabaran, sebab Allah SWT sedang menguji kita. Bersyukurlah apabila Hana diuji, kerana Hana telah dipilih oleh-Nya untuk menerima ujian tersebut. Setiap ujian dan dugaan yang diberi adalah untuk menguji sejauh mana tingkat keimanan kita kepada-Nya. Jadilah seorang hamba yang bersyukur kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya”, itulah pesan abah yang masih diingati Hana sehingga ke hari ini.

            Tanpa Hana sedari, ada sepasang anak mata yang memerhatikan segala tingkah-lakunya sejak tadi. Haziq sekadar menjadi pemerhati. Sengaja dia membiarkan Hana bersendirian melayan perasaan. Biarlah Hana menangis semahunya sekarang. Biarkan Hana melepaskan segala kesedihan yang terbuku dihatinya. Bagi Haziq, tangisan merupakan terapi terbaik merawat luka dan kesedihan di dalam jiwa. Haziq pernah merasai perkara yang sama ketika kehilangan Qistina Farwizah beberapa tahun dahulu. Kesedihan dan kelukaan yang hampir membuatkan dia hilang arah. Ketika itu, Haziq seolah-olah merasakan tiada lagi sebab untuk dia meneruskan hidupnya.

            Namun, manusia hanya merancang dan Allah S.W.T. jualah sebaik-baik perancang. Maha Suci Allah telah menggerakkan hati Haziq untuk bertemu Ustaz Mustafa, pensyarah kanan yang bertugas di universiti tempat Haziq belajar. Atas nasihat Ustaz Mustafa, Haziq mengubat kesedihan dan lara hati dengan cara mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Haziq banyak bertalaqi dari seorang guru ke seorang guru. Dari situ, dia mendapat ketenangan jiwa dan mempelajari cara mengawal emosi dan perasaan sedih yang membelenggu diri. 

Sesungguhnya, Haziq merasakan kasih sayang Allah SWT itu terlalu besar buat semua hamba-Nya. Allah SWT masih memberi dia peluang untuk bertaubat dan berubah ke jalan kebaikan, jalan yang diredhai oleh-Nya. Haziq menyesali segala kejahatan dan segala jenayah yang pernah dilakukannya dulu. Dia sentiasa berusaha melupakan segala kekhilafannya, kerana itulah dia memilih untuk menjadi pensyarah sebagai kerjaya tetap. Dia mahu membimbing para pelajarnya ke jalan yang benar. 

“Kopi, Doc”, Zana menghulurkan secawan kopi panas kepada pensyarahnya.

            Haziq tersentak dari lamunan yang panjang apabila Zana menegurnya sambil menghulurkan secawan kopi panas. Seraya menarik nafas dalam-dalam dan menghelanya perlahan-lahan.

“Thanks, Zana”, ucap Haziq sambil mengangkat sedikit cawan kopi tersebut memberi isyarat ke arah Zana yang kini baru mengambil tempat bersebelahan Hana di beranda rumah.

Zana membalas dengan memberi isyarat ‘ok’ dengan jemari tangan kanannya. Tumpuannya kini lebih terarah kepada sahabatnya Hana.

Zana meraih jemari Hana perlahan dan menggenggamnya erat. Seraya kemudian memeluk bahu sahabatnya untuk memberi semangat kepada Hana sekaligus memberitahu secara tak langsung bahawa dia akan sentiasa berada di sisi untuk menemani Hana melalui saat-saat getir ini. Hana pula hanya membungkam. Cuma, Zana dapat merasakan esak tangisnya semakin mereda.

            Haziq pula mulai menghirup perlahan-lahan kopi panas tersebut. Terasa enak sungguh menikmati secawan kopi panas di kala hujan begini. Terimbau kenangan menikmati kopi panas bersama gemulah Pak Kamal di dalam pondok di tepi sawah beberapa tahun dahulu. Apabila terkenangkan Pak Kamal, mengingatkan Haziq kepada tanggungjawabnya terhadap Hana. Hana sudah tiada sesiapa lagi untuk bergantung harap melainkan dirinya.
“Im akan jaga amanah abah dan mak sebaik mungkin”, ikrar Haziq di dalam hati.        
  
******************************************************

Datuk Mahfudz menghempaskan sebuah fail di atas meja. Bunyi kuat bergema seluruh biliknya apabila fail kulit keras berwarna hitam itu mengenai permukaan meja kaca miliknya. Air muka lelaki berusia lebih 60-an itu jelas menunjukkan tahap kemarahan yang dipendam saat ini. Seraya melepaskan satu keluhan berat bercampur amarah. Berlaku ketirisan wang dalam jumlah yang besar dalam salah satu projek syarikatnya di Langkawi. Dalam bulan ini sahaja, sudah dua kali kejadian ini berlaku. Kali ini melibatkan sejumlah wang yang lebih besar iaitu RM 450 000. Kedua-dua projek yang bermasalah ini dikendalikan oleh anak sulungnya, Haiqal Adha.

Datuk Mahfudz menekan punat interkom memanggil setiausahanya, Mei Ling untuk masuk ke ruangannya segera.

Mei Ling, come in!”, nada suara yang dikeluarkan Datuk Mahfudz dapat dibaca oleh Mei Ling dengan mudah. Pastinya Datuk Mahfudz tengah naik berang sekarang ini.

“Baik, Datuk”, semerta Mei Ling memberi jawapan sambil tangannya pantas mencapai sebatang pen dan buku nota di atas meja. Seraya terus bergegas ke bilik Datuk Mahfudz.

Mei Ling mengetuk pintu dua kali sebaik tercegat di hadapan pintu bilik Datuk Mahfudz.

“Masuk!”, kedengaran Datuk Mahfudz memberi arahan dari dalam.

            Mei Ling memulas tombol pintu dan melangkah masuk penuh berhati-hati. Dia bimbang, andai tersilap langkah, silap hari bulan boleh mengundang amukan dari majikannya itu. Seraya berhenti melangkah dan berdiri tidak jauh dari meja Datuk Mahfudz untuk menunggu arahan seterusnya.

“Tolong ambil semua fail-fail berkaitan usahasama MA Holdings dan Sejati Sdn. Bhd. I nak semua fail-fail tu tanpa satu pun tertinggal. Kemudian, you panggilkan Haiqal masuk sekarang juga!”, Datuk Mahfudz terus memberikan arahan tanpa sempat Mei Ling bertanya.

“But Datuk, Encik Haiqal was not around. He went to Langkawi due to your order yesterday”, beritahu Mei Ling jujur.

Datuk Mahfudz mendengus kasar. Salah dia juga kerana telah mengarahkan Haiqal melawat tapak projek disebabkan ada sedikit salah faham dengan pembekal. Datuk Mahfudz menghantar Haiqal ke sana untuk mewakili dirinya bagi menyelesaikan masalah berkaitan bekalan pasir yang tiba lewat. ‘Kalaulah Haziq bersetuju untuk membantu di pejabat, pasti segalanya takkan jadi macam ni’. Getus Datuk Mahfudz dalam hati.
“Dia ada bagitahu you tak bila dia balik?”, soal Datuk Mahfudz kemudian.
“Maaf Datuk, Encik Haiqal tiada maklumkan apa-apa pada I”, Mei Ling menjawab serba salah.
“It’s ok. You may go now. Don’t forget to bring all the files that I requested just now!”, arah Datuk Mahfudz sebelum Mei Ling melangkah keluar.
Mei Ling sekadar mengangguk dan menutup perlahan daun pintu.
**********************************

Rusydi bersiul kecil sambil melangkah laju menuju ke perpustakaan universiti. Berbunga-bunga rasa di hati kerana hari ini Hana akan pulang ke Shah Alam. Bahagia sungguh apabila dapat bersua muka dengan insan tersayang setelah hampir seminggu tidak berjumpa. Rusydi sangat merindukan senyuman dan gelak tawa Hana. Wajah manis yang sering membuat dia penasaran. Kekasih dan teman yang selalu ada saat dia ditimpa masalah atau bergaduh dengan mamanya. Bagi Rusydi, Hana adalah insan istimewa yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. untuknya.
            Seandainya mahu dibandingkan Iffa dengan Hana, terasa terlalu jauh. Boleh dikatakan kontra. Hana seorang yang matang, memahami serta pandai berdikari. Berbeza dengan Iffa yang terlalu manja, selalu bergantung kepadanya dan kadang-kala keanak-anakan. Bagi Rusydi, Iffa sekadar untuk menghilangkan rasa bosan kerana kekosongan seketika yang ditinggalkan Hana. Rusydi tidak menyedari perbuatan tersebut terlalu mementingkan diri sendiri dan bakal mengundang luka di hati Iffa dan Hana. Seandainya dia harus memilih antara dua, pastinya dia akan meninggalkan Iffa demi Hana walaupun hati kecilnya mulai menyayangi Iffa. Namun, untuk meninggalkan Hana demi Iffa, tidak sama sekali. Tidak mungkin!
            Apabila terfikirkan Hana, hati kecil Rusydi terasa tidak enak. Rusydi merasa hairan mengapa sejak malam tadi hingga kini, tiada satu pun pesanan ringkasnya dibalas Hana. Telefon juga tidak berangkat. Seingat Rusydi, Hana memberitahunya bahawa Hana akan pulang ke Shah Alam hari ini dengan seseorang. Rusydi tiba-tiba jadi penasaran apabila teringatkan seseorang yang dimaksudkan Hana. Salah dia juga kerana terlalu sibuk dengan Iffa ketika itu sehingga terlupa seketika buah hatinya yang sedang cuti sakit di kampung. Selepas habis menonton wayang malam tadi, Rusydi ada menghantar sms kepada Hana untuk mengucapkan selamat malam. Namun, smsnya tidak berbalas. Kerana terlalu mengantuk, Rusydi terus terlelap.
         ‘Tak kan Hana tahu hubungan aku dengan Iffa? Seingat aku, yang tahu hanya Ameer.’ Rusydi mengomel di dalam hati. Seraya melepaskan satu keluhan berat. Langkah yang dihayun laju tadi di perlahankan. Senyuman dan siulan Rusydi seakan dibawa pergi seiring dengan perasaan bimbangnya apabila terfikirkan Hana ketika ini. Semerta, dia mengeluarkan telefon bimbit dari saku seluarnya untuk menghubungi Hana. Namun,sekali lagi panggilannya tidak berjawab. Rusydi kebingungan.
            Rusydi tidak dapat nafikan kadang-kala dia merasa bersalah kerana menduakan Hana. Namun, entah mengapa ketika itu tarikan terhadap Iffa membuatkan Rusydi terleka dan alpa tentang perasaan Hana. Iffa punya personaliti dan daya tarikan yang tersendiri jika nak dibandingkan dengan Hana. Cara berpakaian yang mengikuti perkembangan semasa serta sentiasa kelihatan cantik dan menawan walau di mana sahaja berada. Selain itu, cara berfikir Iffa juga lebih moden dan terbuka.
            Berbeza dengan Hana yang kelihatan polos, bergaya ringkas tanpa solekan tebal di wajah. Orangnya agak keras kepala kadangkala dan kedegilannya itu yang membuatkan Hana agak sukar didekati. Tetapi, kedegilan Hana jugalah yang membuatkan hati Rusydi tertarik untuk mengenalinya. Hana sentiasa menjaga batas-batas agama dan pandai menjaga diri. Dan yang penting, Hana terlalu mengutamakan pelajaran dan ada ketika terlalu fokus belajar menyebabkan Rusydi merasa bosan. Hana tidak pernah menjengah ke pub-pub mahupun kelab malam. Mana tidaknya, setiap kali diajak menonton wayang, pasti akan membawa Hana bersama untuk menemaninya. Tiada privasi langsung! Tetapi, sikap Hana itu juga membuatkan Rusydi tidak bimbang dan percaya yang Hana takkan pernah menduakannya. Kesimpulannya, Iffa dan Hana bagai langit dengan bumi. Namun mempunyai daya tarikan yang tersendiri.
            Setibanya di perpustakaan, Rusydi mengambil tempat duduk berdekatan kaunter perpustakaan. Kaunter tersebut telah dikhaskan sebagai kaunter bank soalan dan hanya berfungsi untuk urusan pinjaman dan pemulangan kertas soalan-soalan peperiksaan yang lepas. Lazimnya, kaunter itu akan sibuk apabila tiba musim peperiksaan. Setibanya study week, di situlah tempat dia dan Hana berbincang serta mengulangkaji pelajaran bersama-sama.
“Seorang je babe?”, soal Ameer yang tiba-tiba berada di situ.
“Kau sindir aku ke Meer?”, Rusydi menjawab bersahaja kerana telah melihat Ameer melangkah ke arah mejanya selepas membelek-belek buku di rak buku berdekatan.
“Ish, kau ni! Orang yang jujur macam aku ni mana tahu sindir-menyindir”, Ameer menepuk bahu Rusydi sambil tersengih pamir giginya yang bersusun tidaklah terlalu cantik.
“Aku tak sedap hati la…”, Rusydi melahirkan rasa bimbang. Jemarinya mengetuk-ngetuk perlahan permukaan meja dengan sebatang pen.
Ameer tayang mimik muka curiga.
“Pelik bunyinya, bukan ke aku rasa kau tengah happy ke hulu ke hilir dengan si Iffa tu. Alih-alih cakap tak sedap hati pulak. Dah mula rasa bersalah dengan Hana ke?”, Ameer cuba meneka.
“Tak payah nak rasa pelik sangatla. Tiba-tiba aku risaukan Hana pulak. Ye la…sms aku dia tak reply, call aku pulak tak berjawab. Aku tak sedap hati la Meer”, Rusydi melahirkan rasa yang terbuku di hatinya sejak pagi tadi.
“Kan Hana dah bagi tahu kau dia balik hari ni. Chill la babe! Lagipun, belum sampai satu hari dia tak return call kau dan reply sms kau. Cuba bertenang dan berfikiran positif sikit. Tidak pun, kau call je member baik dia si Zana tu. Mana la tau dia ada jawapan yang kau nak”, Ameer cuba menyedapkan hati sahabatnya. Jarang dia melihat Rusydi bimbang begitu.
“Nanti aku cuba call Hana sekali lagi. Atau pun aku tunggu Hana sendiri call aku. Kalau petang ni dia belum call jugak lagi, nampaknya aku tak ada pilihan lain melainkan terpaksalah aku telefon mak nenek seorang tu”, ada senyuman kecil terpamer dari bibir sebaik menghabiskan bicaranya apabila dia menyebut perkataan mak nenek. 
Terburai tawa Ameer apabila perkataan mak nenek disebut. Seraya kemudian cepat-cepat menekup mulutnya apabila menyedari yang mereka berdua berada di perpustakaan saat ini. Pustakawan yang bertugas ketika itu memberi isyarat agar mereka senyap. Rusydi pula buat muka tidak bersalah.
*********************************

Datin Zahirah melangkah keluar dari mahkamah dengan tenang sambil mengelek beberapa buah fail dan menggenggam beg bimbit hitam di tangannya. Perbicaraan pada hari ini berlangsung agak panjang dari biasa. Hakim telah menangguhkan perbicaraan tersebut ke suatu masa yang akan ditetapkan kelak. Buat masa ini, bukti yang ada belum cukup kukuh untuk mensabitkan si pelaku bersalah sekaligus mengheretnya ke penjara.
            Datin Zahirah melepaskan satu keluhan berat. Sedaya mungkin dia tidak mahu mengecewakan ibu bapa mangsa yang amat berharap agar nasib anak mereka yang mati dibunuh dengan kejam tanpa perikemanusiaan terbela. Setakat ini, segala bukti yang ada tidak pula menunjukkan si mangsa pernah terlibat dalam perlakuan jenayah seperti gangterism, dadah atau perjudian. Jauh sekali pemerdagangan manusia. Malahan, mangsa mempunyai rekod baik di sekolah dan boleh dikatakan seorang anak normal yang baik budi pekertinya. Kematiannya menjadi satu tanda tanya yang sukar dirungkaikan.
Ketika Datin Zahirah menghayun langkah menuju ke keretanya, telefon bimbitnya berbunyi. Serta-merta, langkahnya dihentikan untuk menerima panggilan telefon daripada pembantunya, Shahrul.
Hello, Puan. Guess what? We got new evidence!”, Shahrul terus memberi khabar gembira tersebut. Shahrul memang suka beriaksi sebegitu setiap kali mereka memperoleh bahan atau bukti baru bagi menyelesaikan kes. Walaupun setakat ini banyak bukti yang menghala jalan buntu. Tetapi, semangat Shahrul yang tidak pernah kenal erti putus asa harus dipuji.
“Apa bukti yang kita dapat?”, Datin Zahirah menyoal pantas. 
“Pihak polis menjumpai bukti, sebatang kayu yang mempunyai kesan darah yang telah kering. Kayu tersebut berada di dalam sebuah beg plastik yang mana ianya ditanam di dalam tanah kira-kira lebih 500 meter dari tempat kejadian. Bukti tersebut berjaya diperoleh dengan bantuan Unit Anjing Pengesan”, Shahrul memberi penerangan panjang lebar.
“Syukur alhamdulillah…apa perkembangan seterusnya buat masa ini?”, Datin Zahirah melahirkan rasa syukur.
“Bahan bukti tersebut sudah dihantar ke makmal forensik untuk diuji sama ada sampel darah yang ada pada kayu tersebut sepadan dengan sampel darah mangsa”, terang Shahrul lagi.
“Okey! Kita tunggu keputusan dari makmal forensik dahulu. Saya tak mahu kita terlalu yakin. Manalah tahu, keputusan tidak memihak kepada kita. Sudah tentu kita pula yang kecewa nanti”, pesan Datin Zahirah kepada Shahrul.
“Baiklah, puan. Jangan risau”, ujar Shahrul pendek.
“But, we must never ever give up! We always wait and look for every single sign and evidence, especially near the crime scene”, Datin Zahirah memberi semangat sekaligus mengingatkan pembantunya agar tidak terlalu leka.
“Sure, boss!”, balas Shahrul lagi. Ketawa kecil kedengaran di hujung talian.
Datin Zahirah mematikan talian setelah memberi salam. Seraya melangkah ke keretanya. Pemandunya Pak Samad sudah sedia menanti untuk membukakan pintu kereta buatnya.
“Tak mengapa Samad. Saya boleh buka dan tutup sendiri”, begitulah Datin Zahirah. Kedudukan dan kesenangan yang dimiliki tidak sedikit pun mengurangi nilai kemanusiaan dan kerendahan hati yang ada dalam dirinya.
Pak Samad mengangguk dan kembali ke tempat pemandu. Sejurus kemudian, mereka beredar meninggalkan perkarangan mahkamah tersebut untuk pulang ke rumah.

Bersambung….

p/s: Eira harap semua member dan pembaca boleh tinggalkan jejak sama ada komen atau sudi2 klik kotak servey kat bawah...so that...eira ley improve kelemahan yang ada..InsyaAllah..tqvm semua...(^_^)!



Thursday 13 March 2014

Bukan Sebuah Janji (Bab 17 - Part 1)

Assalamualaikum semua...maaf di atas kelewatan en3 bab 17. Ada sedikit masalah teknikal. Atas permintaan semua, eira up dulu Bab 17 Part 1, boleh ke mcm tu ye? aci tak? Eira akan up en3 part 2 bab 17 secepat yang mungkin...sabar taw.. For the time being, enjoy this part n i'll up d remaining part soon..will try very hard to up the en3 this weekend...enjoy!!

Bab 17 : Bahagian 1

            Hana termenung memerhatikan titisan-titisan air yang jatuh dari cucuran atap rumahnya. Hatinya dirasakan amat sunyi. Sunyi tanpa kehadiran insan yang bergelar ibu dalam hidupnya kini. Sejak peristiwa malang beberapa hari lalu, Hana banyak termenung dan mendiamkan diri. Hidupnya kini telah berubah 180 darjah. Malapetaka yang menimpa diri dan ibunya seolah-olah telah merenggut pergi kebahagian dan ketenangan dalam jiwanya. Tiada lagi senyuman, tiada lagi gurau senda dan tiada lagi gelak tawa ibu yang setia menemaninya di sisi di saat suka dan duka. Segala-galanya telah hilang. Hilang bersama pemergian insan yang disanjung tinggi. Insan bergelar ibu. Hana teringat kata-kata Ustaz Abdul Rahim semasa dia di tingkatan lima.
“Para pelajar, harus diingat! Hormatilah ibu kamu, dialah yang telah membesarkan, menjaga, mendidik dan insan yang telah melahirkan kamu ke dunia yang fana ini. Tanpa seorang yang bergelar ibu, kamu tidak akan berada di hadapan saya seperti hari ini. Doa yang amat tinggi darjatnya di sisi Allah SWT ialah doa seorang ibu. Perginya ibumu, bererti tiada lagi satu keberkatan di sisi Allah SWT iaitu doa seorang ibu.
            Nasihat Ustaz Abdul Rahim terngiang-ngiang di telinganya. Baru kini dia merasakan perasaan tersebut. Pedih. Pilu. Teramat sedih. Hana memerhatikan pondok usang di tepi sawah yang menjadi kegemaran dia dan ibunya bersantai setiap petang. Bergurau-senda dan berbual pelbagai cerita. Lazimnya, topik yang dibualkan berkisar tentang kenangan manis bersama gemulah abah. Bercerita sambil menjamah pisang goreng atau kuih seri muka kegemarannya beserta seteko kopi panas. Kini, segalanya sudah menjadi kenangan. Memori indah yang tidak mungkin berulang lagi dalam hidupnya. Hana tertunduk merenung ke tanah. Air mata yang mengalir di pipi diseka perlahan dengan hujung jemarinya. Sesungguhnya, dugaan dan ujian Allah S.W.T. ini dirasakan terlalu berat untuk ditanggung. 
            Pemergian Mak Ton memberi tamparan hebat bagi Hana. Hatinya disayat pilu saat mengiringi ibu tercinta ke tempat persemadian. Lebih nyeri di dalam hati apabila melihat jenazah ibunya di bawa turun ke liang lahad. Pergi sudah ibu kesayangannya. Baru semalam mereka berborak dan bergurau senda. Hana tidak menyangka segala pesanan ibunya kelmarin merupakan pesanan yang terakhir. Kuih seri muka yang dijamahnya kelmarin juga merupakan masakan terakhir Mak Ton untuk dirinya. Buat kesekian kalinya, air mata Hana berjujuran mengalir laju. Hana hanya membiarkan tanpa sedikit pun usaha mahu menghapuskan air jernih yang gugur membasahi tudung dan bajunya itu. 
“Mak, abah…kenapa tinggalkan Hana sendirian. Hana rindukan Mak dan abah”, bergetar bibir Hana melafazkan kata-kata tersebut. Perlahan dan penuh sayu.
Gemulah abah pernah berpesan setiap kali Hana menghadapi masalah. “Bersabarlah apabila ditimpa musibah dan cabaran, sebab Allah SWT sedang menguji kita. Bersyukurlah apabila Hana diuji, kerana Hana telah dipilih oleh-Nya untuk menerima ujian tersebut. Setiap ujian dan dugaan yang diberi adalah untuk menguji sejauh mana tahap keimanan kita kepada-Nya. Jadilah seorang hamba yang bersyukur kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya”, itulah pesan abah yang masih diingati Hana sehingga ke hari ini.
            Tanpa Hana sedari, ada sepasang anak mata yang memerhatikan segala tingkah-lakunya sejak tadi. Haziq sekadar menjadi pemerhati. Sengaja dia membiarkan Hana bersendirian melayan perasaan. Biarlah Hana menangis semahunya sekarang. Biarkan Hana melepaskan segala kesedihan yang terbuku dihatinya. Bagi Haziq, tangisan merupakan terapi terbaik merawat luka dan kesedihan di dalam jiwa. Haziq pernah merasai perkara yang sama ketika kehilangan Qistina Farwizah beberapa tahun dahulu. Kesedihan dan kelukaan yang hampir membuatkan dia hilang arah. Ketika itu, Haziq seolah-olah merasakan tiada lagi sebab untuk dia meneruskan hidupnya.
            Namun, manusia hanya merancang, Allah S.W.T. jualah sebaik-baik perancang. Maha Suci Allah telah menggerakkan hati Haziq untuk bertemu Ustaz Mustafa, pensyarah kanan yang bertugas di universiti tempat Haziq belajar. Atas nasihat Ustaz Mustafa, Haziq mengubat kesedihan dan lara hati dengan cara mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Haziq banyak bertalaqi dari seorang guru ke seorang guru. Dari situ, dia mendapat ketenangan jiwa dan mempelajari cara mengawal emosi dan perasaan sedih yang membelenggu jiwa. 
Sesungguhnya, Haziq merasakan kasih sayang Allah SWT itu terlalu besar buat dirinya. Allah SWT masih memberi dia peluang untuk bertaubat dan berubah ke jalan kebaikan, jalan yang diredhai oleh-Nya. Haziq menyesali segala kejahatan dan segala jenayah yang pernah dilakukannya dulu. Dia sentiasa berusaha melupakan segala kekhilafannya, kerana itu dia memilih untuk menjadi pensyarah. Dia mahu membimbing para pelajarnya ke jalan yang benar.
“Kopi, doc”, Zana menghulurkan secawan kopi panas kepada pensyarahnya.
            Haziq tersentak dari lamunan yang panjang apabila Zana menegurnya sambil menghulurkan secawan kopi panas. Seraya menarik nafas panjang dan menghelanya perlahan-lahan.
“Thanks, Zana”, ucap Haziq sambil mengangkat sedikit cawan kopi tersebut memberi isyarat ke arah Zana yang kini baru mengambil tempat bersebelahan Hana di beranda rumah.
Zana membalas dengan memberi isyarat ‘ok’ dengan jemari tangan kanannya.
Zana meraih jemari Hana perlahan dan menggenggamnya  erat. Seraya kemudian memeluk bahu sahabatnya untuk memberi semangat kepada Hana sekaligus memberitahu secara tak langsung bahawa dia akan sentiasa berada di sisi untuk menemani Hana melalui saat-saat getir ini. Hana hanya terdiam. Cuma Zana dapat merasakan esak tangisnya semakin mereda.
            Haziq pula mulai menghirup perlahan-lahan kopi panas tersebut. Terasa enak sungguh menikmati secawan kopi panas di kala hujan begini. Terimbau kenangan menikmati kopi panas bersama gemulah Pak Kamal di dalam pondok di tepi sawah kala hujan seperti ini. Apabila terkenangkan Pak Kamal, mengingatkan Haziq kepada tanggungjawabnya terhadap Hana. Hana sudah tiada sesiapa lagi untuk bergantung harap melainkan dirinya.
“Im akan jaga amanah abah dan mak sebaik mungkin”, ikrar Haziq di dalam hati.
           
******************************************************
Datuk Mahfudz menghempaskan sebuah fail di atas meja. Bunyi kuat bergema seluruh biliknya apabila fail kulit keras berwarna hitam itu mengenai permukaan meja kaca Datuk Mahfudz. Air muka lelaki berusia lebih 60-an itu jelas menunjukkan tahap kemarahan yang dipendam saat ini. Seraya melepaskan satu keluhan berat bercampur amarah. Berlaku ketirisan wang dalam jumlah yang besar dalam salah satu projek syarikatnya di Langkawi. Dalam bulan ini sahaja, sudah dua kali kejadian ini berlaku. Kali ini melibatkan sejumlah wang yang lebih besar iaitu RM 450 000. Kedua-dua projek yang bermasalah ini dikendalikan oleh anak sulungnya, Haiqal.
Datuk Mahfudz menekan punat intercom memanggil setiausahanya, Mei Ling untuk masuk ke ruangannya segera.
“Mei Ling, come in!”, nada suara yang dikeluarkan Datuk Mahfudz dapat dibaca oleh Mei Ling dengan mudah. Pastinya Datuk Mahfudz tengah nai berang sekarang ini.
“Baik, Datuk”, semerta Mei Ling memberi jawapan sambil tangannya pantas mencapai sebatang pen dan buku nota di atas meja. Seraya terus bergegas ke bilik Datuk Mahfudz.

Mei Ling mengetuk pintu dua kali sebaik tercegat di hadapan pintu bilik Datuk Mahfudz.

“Masuk!”, kedengaran Datuk Mahfudz memberi arahan dari dalam.
            Mei Ling memulas tombol pintu dan melangkah masu berhati-hati. Dia bimbang, andai tersilap langkah, silap hari bulan boleh mengundang amukan dari majikannya itu. Seraya berhenti melangkah dan berdiri tidak jauh dari meja Datuk Mahfudz untuk menunggu arahan seterusnya.
“Tolong ambil semua fail-fail berkaitan usahasama MA Holdings dan Sejati Sdn. Bhd. I nak semua fail-fail tu tanpa satu pun tertinggal. Kemudian, you panggilkan Haiqal masuk sekarang juga!”, Datuk Mahfudz terus memberikan arahan tanpa sempat Mei Ling bertanya.

“But Datuk, Encik Haiqal was not around. He went to Langkawi due to your order yesterday”, beritahu Mei Ling jujur.
Datuk Mahfudz mendengus kasar. Salah dia juga kerana mengarahkan Haiqal melawat tapak projek kerana ada sedikit salah faham dengan pembekal. Datuk Mahfudz menghantar Haiqal ke sana untuk mewakili dirinya bagi menyelesaikan masalah berkaitan bekalan pasir yang tiba lewat. ‘Kalau Haziq bersetuju untuk membantu di pejabat, pasti segalanya takkan jadi macam ni’. Getus Datuk Mahfudz dalam hati.
“Dia ada bagitahu you tak bila dia balik?”, soal Datuk Mahfudz kemudian.
“Maaf Datuk, Encik Haiqal tiada maklumkan apa-apa pada I”, Mei Ling menjawab serba salah.
It’s ok. You may go now. Don’t forget to bring all the files that I requested just now!”, arah Datuk Mahfudz sebelum Mei Ling melangkah keluar.
Mei Ling sekadar mengangguk dan menutup perlahan daun pintu.
**********************************

Karl membetulkan kaca mata hitam yang dipakainya. Sebatang rokok yang disisip di celahanjari tangan kanannya di sedut dan dilepaskan.
“Come on Tiger, tak kan budak Hana tu pun kau tak boleh handle? Susah sangat ke?”, soal Karl seperti memandang rendah kebolehan Tiger.
Tiger melepaskan keluhan kecil sebelum menjawab pertanyaan Karl.
“Bukan Hana masalah aku Karl, Zeeq yang buat kacau! Ke mana sahaja budak Hana tu pergi, ada sahaja Zeeq mengekori. Tambah pulak sekarang ni informer aku bagi tahu, kes aku tikam mak Hana tu dah jadi kes polis. Si jahananm tu yang buat report”, Tiger beralasan.
Karl tayang senyum sumbing. Seraya menyandarkan tubuhnya ke sofa empuk berwarna coklat miliknya. Tempat tersebut sememangnya menjadi tempat kegemarannya dikhaskan untuknya sebagai pemilik pub tersebut.
“Aku rasa, buat masa sekarang ni kau jangan keluar di khalayak ramai. Nanti tak pasal-pasal lagi cepat kau ke dalam. Kau pernah ceritakan pada aku pasal si Idzham tu kan? Inilah masanya kau gunakan dia cukup-cukup. Budak terdesak macam tu akan buat apa sahaja asalkan nyawa dia selamat! Hahaha!”, Karl mengakhiri bicaranya dengan ketawa berdekah-dekah sambil menepuk bahu Tiger beberapa kali.
“Kau tak payah nak ajar aku, memang itu pun yang aku rancangkan! Kalau rancangan aku ni gagal dan si Idzham tu buat hal, aku bunuh dia!”, Tiger mengepalkan penumbuk dan mensasarkan kea rah meja di hadapannya. Bergoyang-goyang meja dan segala benda yang berada di atasnya.
Karl menyambung tawa yang masih bersisa. Bagi Karl, sekarang bukanlah masa yang sesuai untk dia bertindak. Dia mahu Tiger selesaikan segalanya sendirian. Seandainya Tiger gagal juga mendapatkan Hana, ketika itu barulah dia bertindak. Tetapi untuk menunjukkan dirinya yang sebenar di khalayak ramai, ini bukanlah masa yang sesuai.

“Bagi aku sedikit masa lagi Karl, aku akan dapatkan Hana dan Idzham”, Tiger seakan berjanji.

Bersambung….