Assalamualaikum n hye2 semua...sebelum tu eira nak mintak maaf atas kelewatan up n3 bab 16 ni...byk yg tergendala bila sambil menulis, sambil melayan 2 org dak kecik neh...tapi, alhamdulillah...siap juga akhirnya...enjoy ye!
Haziq memecut laju keretanya. Dia tidak mahu Idzham berjaya menjejaki Hana. Dia akan berusaha semaksima mungkin untuk melindungi Hana daripada cengkaman Tiger dan Idzham. Kadangkala, Haziq jadi tidak habis fikir bagaimana Idzham boleh memperlakukan Hana seperti ini. Sanggup mengorbankan adik kandung demi kepentingan dirinya sendiri. Idzham sanggup memperhambakan diri demi wang. Ya! Wang yang dijanjikan Tiger jika dia berjaya mendapatkan Hana.
Suasana di dalam kereta itu sunyi
sepi. Yang kedengaran hanyalah lagu yang berkumandang di corong radio. Lagu
yang didendangkan oleh penyanyi kegemaran Haziq, Opick yang berjudul Rapuh.
Juga merupakan penyanyi kesukaan Hana. Apa yang jelas, mereka saling tidak
menyedari dan tidak mengetahui persamaan tersebut. Masing-masing melayan
perasaan sendiri. Jika tadi Hana begitu cemas, namun kini dia tampak lebih
tenang. Hana membuang pandangannya jauh ke luar tingkap. Haziq pula lebih memfokuskan
perhatian kepada pemanduannya.
Haziq menoleh sekilas ke arah Hana yang berada di tempat duduk bersebelahan
dengannya. Hana sudah lena dibuai mimpi. Pastinya malam tadi merupakan malam
yang panjang dirasakan Hana. Malam tragedi yang sukar dilupakan. Sesekali Haziq
terdengar dengkuran kecil Hana. Kasihan sungguh adik angkatnya. Sudahlah ibu
masih di bilik bedah, terpaksa pula melarikan diri dek kerana dikejar oleh
abang yang ingin memburunya. Haziq sendiri tidak pasti bila Hana ketiduran.
Tahu-tahu sahaja, bunyi dengkuran kedengaran memecah kesunyian di dalam
keretanya saat ini.
Buat kesekian kalinya, Haziq memandang cermin pandang belakang untuk memastikan
tiada sesiapa yang mengekori mereka. Haziq menarik nafas lega kerana kini dia yakin
tiada yang mengekori mereka samada Idzham mahupun konco-konco Tiger. Otak Haziq
berfikir ligat, di mana dia dan Hana mahu berteduh untuk membersihkan diri
serta menghilangkan penat badan. Bagi Haziq, buat masa ini dialah yang
menggantikan orang tua Hana dan tempat Hana bergantung harap. Tambahan pula,
Hana akan menduduki peperiksaan akhir kurang dua minggu dari sekarang. Haziq
tidak mahu tragedi yang berlaku ini menghalang Hana untuk menghadiri
peperiksaan tersebut. Peperiksaan tersebut sangat penting, bukan sahaja untuk
Mak Ton dan Pak Kamal, malah untuk Hana menentukan hala tuju hidupnya. Apa cara
sekalipun, Hana mesti menghadiri peperiksaan akhir itu. Ikrar Haziq di dalam
hati!
Jam hampir ke angka 6 pagi. Tidak lama lagi azan solat fardhu Subuh akan
berkumandang. Mata Haziq melilau mencari papan tanda surau. Manalah tahu ada
surau berdekatan. Bolehlah dia dan Hana menunaikan solat Subuh, membersihkan
diri dan berehat sebentar sebelum kembali semula ke Hospital Teluk Intan untuk
mengetahui perkembangan Mak Ton. Seraya membelokkan kereta ke kanan sebaik
terlihat papan tanda bersimbol masjid. Papan tanda itu menandakan arah masjid
yang berada kira-kira 500 meter di hadapan. Enjin semerta dimatikan apabila
sampai di tempat parkir di perkarangan masjid. Hana masih tidur seperti tadi.
Lena. Azan Subuh juga masih belum berkumandang. Haziq mengambil keputusan untuk
tidur buat seketika. Terasa letih benar mengharungi malam yang panjang tanpa
dapat merehatkan mata walaupun sekejap. Matanya terasa semakin berat dan dia
terlena.
***************************************
“Cik,
saya nak tanya. Ada tak pesakit bernama Zaiton dihantar ke sini tengah malam
tadi?”, Idzham bertanya kepada seorang jururawat yang berada di kaunter
pendaftaran.
“Maaf,
boleh saya tahu apa hubungan encik dengan pesakit?”, soal jururawat itu
kembali.
“Saya
anak pesakit. Mak saya ditimpa musibah tengah malam tadi. Ketika itu saya tiada
ditempat kejadian. Adik perempuan saya yang menghantarnya ke sini”, Idzham
mereka cerita agar jururawat itu mempercayai kata-katanya.
“Puan
Zaiton masih berada di dalam bilik pembedahan. Cik Hana dan seorang lelaki
sedang menunggu di luar bilik tersebut”, balas jururawat berwajah manis itu
memberikan segala maklumat sesuai dengan soalan yang diajukan Idzham.
“Okey,
terima kasih nurse yang cantik”, ujar
Idzham ringkas. Seraya sempat mengenyitkan mata kanannya sebelum berlalu ke
bilik pembedahan yang dimaksudkan jururawat itu.
Apabila Idzham tiba di situ, dia tidak
melihat langsung kelibat Hana atau Haziq di ruangan menunggu di hadapan bilik
pembedahan tersebut. Idzham tidak mahu membuang masa. Dia terus mencari mereka
di seluruh kawasan. Manalah tahu jikalau Hana dan Haziq menunggu di tempat yang
berlainan. Namun, Idzham masih juga tidak menemui sebarang petanda atau jejak
Hana mahupun Haziq.
“Mana
pulak perempuan ni pergi. Susah betul aku nak cari dia”, Idzham merungut
sendirian.
Geram sungguh Idzham apabila tidak
dapat menjejaki Hana. Bukankah Hana sangat menyayangi Mak Ton? Kenapa begitu
tega Hana meninggalkan Mak Ton menjalani pembedahan di sini sendirian sedangkan
Hana hilang entah ke mana. Maksudnya, Hana tidaklah begitu baik seperti yang
dianggapnya selama ini. Duga Idzham di dalam hati. Sebaliknya, Idzham tidak
pernah terfikir yang Hana dan Haziq sudah menyedari kehadirannya terlebih
dahulu. Dan mereka bertindak lebih pantas dengan melarikan diri daripadanya.
Idzham meninjau ke sana dan ke mari
mencari Hana. Masih juga tidak bertemu. Sudahnya, dia terpaksa berputus asa
apabila terlihat sebuah kereta polis memakirkan kereta tidak jauh dari kawasan
parkir kecemasan. Idzham bimbang dia akan ditangkap polis dan disumbat ke
penjara. Perlahan-lahan Idzham menyelinap ke kawasan parkir kenderaan tanpa
melalui hadapan kaunter pendaftaran untuk menyelamatkan diri. Buat masa ini dia
terpaksa membantutkan hasratnya untuk mencari Hana. Apa yang penting,
keselamatan dirinya terlebih dahulu. Idzham memecut laju motorsikalnya sebaik
berjaya menyelamatkan diri untuk segera meninggalkan kawasan hospital tersebut.
**********************************
Tok!
Tok! Tok!
“Encik…encik!”,
seorang lelaki lewat 60-an mengetuk cermin kereta Haziq.
Haziq cuba sedaya upaya membuka
matanya. Terpisat-pisat dia menggosok mata dengan kedua belah tapak tangan. Terasa
mengantuk yang amat. Haziq meraba-raba pembalut luka di lengannya. Luka tersebut
terasa ngilu dan sakit. Pasti ubat bius semalam sudah habis kesannya. Seraya
menggeliat beberapa kali untuk menghilangkan lenguh-lenguh badan dan
membetulkan urat saraf.
“Assalamualaikum
encik…azan dah berkumandang, mari kita berjemaah sekali”, lelaki berkopiah
putih dan berbaju melayu cekak musang berwarna coklat muda itu berkata-kata
sebaik Haziq menurunkan cermin keretanya.
“Terima
kasih banyak Pak Cik. Sekejap lagi saya menyusul. Nak kejutkan adik saya yang
tidur lena ni”, Haziq berterima kasih kerana lelaki itu mengejutkannya untuk
solat Subuh.
Hana masih berada dalam keadaan tadi. Tidurnya
terlalu lena sehingga tidak langsung menyedari kehadiran lelaki lebih separuh
abad itu. Haziq sempat berkira-kira mahu mengejutkan Hana atau tidak. Hendak dikejutkan,
tidak sampai hati pula mahu mengganggu tidur Hana. Jika dia masuk dulu, bimbang
pula meninggalkan Hana sendirian di dalam kereta. Akhirnya Haziq mengambil
keputusan untuk mengejutkan adik angkatnya itu. Apa yang penting adalah
keselamatan Hana. Lagipun, Hana boleh menyambung semula tidurnya setelah
selesai mendirikan solat Subuh sebentar lagi.
“Hana,
bangun Hana. Dah masuk waktu Subuh ni. Jom kita solat dulu”, Haziq memanggil
Hana lembut.
Tiada
sebarang respon diberi.
“Bangun
solat Subuh Hana!”, seraya menegaskan suara sambil menepuk lembut bahu Hana.
Hana
bergerak-gerak dan menggeliat beberapa kali sebelum membuka matanya.
“Kejap
mak, lima minit je lagi”, Hana terus menyambung semula tidurnya.
Haziq terdiam seketika. Hati kecilnya
berasa kasihan dengan Hana. Nampaknya, Hana masih belum menerima sepenuhnya apa
yang telah terjadi. Haziq cuba menepuk perlahan bahu Hana sekali lagi untuk
mengejutkannya.
“Kita
kat mana ni doc? Kita dah selamat kan, doc?”, soal Hana pantas setelah membuka
matanya dan melihat suasana sekeliling. Dia sedar kini di mana dia berada dan
dengan siapa.
“Jangan
risau, kita dah selamat. Kalau Hana nak mandi dulu, ambil tuala dan baju abang
dalam bonet kereta. Lepas solat, kita gerak balik ke hospital tengok keadaan
mak”, pesan Haziq kepada Hana. Beg berisi pakaian dan kelengkapannya masih di
dalam bonet tidak berusik. Hasrat hati mahu bermalam di rumah Mak Ton semalam
telah disambut oleh tragedi yang berlaku diluar dugaannya.
Hana sekadar mengangguk dan menuruti
setiap pesanan Haziq. Seraya keluar menuju ke belakang kereta dan mengambil
pakaian yang dimaksudkan Haziq. Semerta, Hana melangkah laju menuju ke masjid.
Haziq mengekori dari belakang. Mereka mengikut haluan masing-masing memasuki
masjid. Hana berjalan ke ruangan solat muslimat manakala Haziq ke ruangan solat
muslimin. Langkah Haziq terhenti apabila telefon bimbitnya berdering. Panggilan
daripada Insp. Irwan.
“Assalamualaikum
Haz. Kau dan Hana ada di mana sekarang ni? Dari tadi aku tak nampak batang
hidung kau orang kat sini”, Insp. Irwan bertanya kerana ketika dia sampai di
hospital tersebut, Hana dan Haziq tiada di situ.
“Kau
dah sampai hospital ke Wan? Kau tolong tengokkan keadaan ibu angkat aku
sementara kami sampai. Aku bawa Hana lari sebab Idzham ada di sana tadi. Aku
risau dia buat kecoh kat hospital tu. Lagipun, aku tak mahu Hana hadapi trauma
lagi berhadapan dengan orang seperti Idzham”, penjelasan yang diberi Haziq
sekaligus menjawab segala persoalan Insp. Irwan sejak tadi.
“Alhamdulillah
kalau macam tu. Aku bimbangkan keselamatan kau dan Hana”, Insp. Irwan
melahirkan rasa lega.
“Aku
kat masjid area Rawang. Aku nak mandi dan solat Subuh dulu. Boleh kau tunggu
sampai aku dan Hana sampai, Wan?”, Haziq memaklumkan kedudukannya buat masa ini
kepada Insp. Irwan.
“It’s
okay beb. Aku tunggu kau kat sini. Aku pun nak solat dulu ni. Jumpa nanti!”,
Insp. Irwan meminta diri.
“Alright,
dude. Ciaou!”, Haziq menjawab ringkas dan mematikan talian telefon bimbitnya.
Seraya melangkah ke bilik air untuk membersihkan badan dan menunaikan solat
Subuh.
********************************************************
Sekali
lagi telefon bimbit Haziq berdering dan ini merupakan kali ketiga bunyi itu
kedengaran. Deringan handphone yang menjerit-jerit tersebut seperti minta
dijawab segera. Solatnya agak terganggu dek bunyi yang betalu-talu itu. Silap
dia juga kerana tidak menukar ke silent
mode terlebih dahulu sebelum mula bersolat tadi. Selesai melakukan rukun
solat terakhir, Haziq meraup mukanya. Telefon bimbitnya berbunyi lagi tatkala
dia mahu menadah tangan untuk berdoa. Niatnya untuk berdoa terbantut. Seraya
pantas mencapai telefon bimbitnya untuk melihat nama pemanggil. Nama Insp.
Irwan terpampang pada skrin. Tanpa berlengah, Haziq terus menekan punat hijau
untuk menyambung panggilan tersebut.
“Maaf,
aku baru lepas solat. Kenapa, Wan?”, Haziq terus menyoal.
“Kau
dan Hana kena datang segera. Pembedahan telah dilakukan. Tapi… ibu angkat kau
sedang nazak!”, ujar Insp. Irwan cemas.
“Thanks for the info, aku datang
sekarang. Segala perkembangan nanti jangan lupa beritahu aku”, Haziq segera
melipat sejadah yang digunakannya. Mengemaskan kain pelikat dan bergegas keluar
untuk mencari Hana.
Haziq terlihat Hana membetulkan
tudung yang dipakainya sambil berjalan. Langkah yang diatur Hana pantas sekali.
Haziq mempercepatkan langkah untuk bersama-sama dengan Hana menuju ke kereta.
Haziq perlu mengkhabarkan berita penting daripada Insp. Irwan seberapa segera.
“Masuk
dalam kereta cepat Hana. Insp. Irwan telefon abang tadi, dia beritahu abang
yang mak tengah nazak!”, beritahu Haziq sambil tangannya menutup pintu kereta.
“Ya,
Allah! Mak… cepatlah doc!”, Hana terkejut mendengar khabar kurang
baik yang disampaikan Haziq kepadanya. Padanlah dia merasa tidak sedap hati
sejak tadi lagi.
“Selamatkanlah
ibuku Ya Allah!”, Hana menadah tangan memanjatkan doa kepada Allah SWT. Hanya
kepada Yang Maha Berkuasa Hana bergantung harap kini.
Haziq
memecut laju kereta untuk cepat sampai ke hospital. Kebimbangan jelas terpancar
pada wajahnya saat ini. Manik-manik peluh mula membasahi tubuhnya. Haziq
terlalu bimbang seandainya mereka tidak sempat bertemu Mak Ton buat kali
terakhir.
“Bagaimana
keadaan mak saya doktor? Mak saya berada di mana sekarang? Cepatla jawab
doktor!”, Hana terus menerpa ke arah Dr. Azim yang masih berada di hadapan
bilik tersebut untuk mengetahui keadaan terkini Mak Ton.
Dr.
Azim yang sedang bercakap dengan Insp. Irwan semerta tergamam dengan tingkah
Hana. Haziq pula baru tiba di situ setelah memakirkan kereta
berdekatan pintu utama.
“Saya
harap Cik bertenang. Maafkan saya Cik, ibu Cik…”, kata-kata Dr. Azim tersekat
di rengkungan. Seraya menelan liur untuk meneruskan bicaranya.
“Kenapa
mak saya doktor? Bagi tahu saya sekarang!”, suara Hana
meninggi.
“Maafkan
saya, kami gagal menyelamatkan Puan Zaiton…”, Dr. Azim tampak tenang sebaik
menghabiskan bicaranya.
“Ya,
Allah! Mak…”, Hana rebah sebaik mendengar berita yang disampaikan Dr. Azim
kepadanya.
Sepantas
kilat Haziq menyambut tubuh Hana daripada terjelepok
ke lantai. Hana sudah tidak sedarkan diri.
Bersambung…
p/s: Sudi2 la drop komen taw kalau ada salah n silap di mana2...eira akan perbaiki lagi dari masa ke semasa atau pun jemput klik survey box kat bwh neh ye...tq n syg semua...^_^